Monday, February 22, 2016

Memalukan, PKR Hanya Bagi Angpow CNY RM1

Apabila populariti melebihi keikhlasan maka ianya akan menjadi umpatan. Baru baru ini seorang wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikecam disebabkan pemberian angpau RM1 di satu majlis sambutan tahun baru cina, malam tadi.

Menurut sumber, orang ramai yang hadir menerima angpau tersebut mengeluh kerana disuruh beratur panjang tetapi mendapat imbuhan yang tidak masuk akal.

Maklumat yang dikongsi pemilik akaun Facebook, Abdulmuzammir Abdulmajid Pk menulis, ketika dia sedang menikmati makan malam di sebuah gerai Parlimen Permatang Pauh, dia terdengar sekumpulan masyarakat mendakwa seorang wakil rakyat hanya memberi angpau RM1 kepada penerima.

“Kata kaya banyak duit tapi untuk rakyat angpau pun bagi RM1, Suruh beratur punya panjang naik pentas ambik gah macam bagi ang pau RM50 atau RM100 seorang rupanya RM1.. apa punya kedekut YB ni,”kata penerima angpau tersebut.

Menurut Abdulmuzammir, dia tidak dapat memastikan maklumat yang diterima ini dari sumber yang sahih atau tidak.

“Betul atau Tidak ini sembang sok sek sok sek kedai kopi malam ni berkenaan sambutan Gong Xi Fa Chai Ang Pau RM1,”akhirinya.

Bagi mereka yang kerap mengkritik dasar kerajaan selama ini mungkin boleh merenung sejenak kejadian angpow seringgit ini. 

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment