Thursday, April 23, 2015

1MDB: Mahathir Ubah Fikiran, Dari RM 42 Bilion Kini Hanya RM 27 Bilion

23 April 2015, Kuala Lumpur : Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menukar tuduhan bahawa 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) menghilangkan RM 42 Bilion wang rakyat kepada hanya RM 27 Bilion sahaja.

Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu mendakwa 1MDB melesapkan RM 42 bilion wang rakyat dan mahukan Perdana Menteri Mohd Najib Razak bertanggungjawab.
“I would like to ask the supporters whether their support means the disappearance of RM42 billion is okay, that there is no necessity to at least explain where the money is.

MediaUMNO pernah mempertikaikan angka RM 42 Bilion wang rakyat yang disebut Tun Mahathir dalam serangan terdahulu beliau ke atas Najib Razak.
http://www.funnymalaysia.net/wp-content/uploads/2014/08/mahathir.jpg
Hari ini Tun Mahathir membentangkan kiraanya terhadap pembelian 1MDB melalui pinjaman RM42 bilion dan mendakwa RM27 bilion tidak dapat dikesan.

Jumlah yang hilang sudah berubah dalam masa tidak sampai dua minggu daripada RM 42 Bilion kini tinggal 27 Bilion. Mahathir juga tidak lagi menyebut bahawa wang hutang 1MDB tersebut sebagai wang rakyat.
Berdasarkan semua pembelian diketahui, jumlahnya menjadi RM14.7 bilion.
“Jadi, kira-kira RM27 bilion yang tinggal,” katanya.

Beliau juga berkata lebih daripada AS$1 bilion dibayar kepada Petro Saudi tanpa pengesahan tentang nilai syarikat itu atau asetnya.

“Di mana wang yang lain?” soalnya dalam tulisan terkini di blognya hari ini.
Beliau menyenaraikan pembelian 1MDB seperti berikut:

1) Tanjong Energy (kini Powertek Energy Sdn Bhd) – RM8.5 bilion

2) Genting Sanyan Power (kini stesen janakuasa Kuala Langat) – RM2.3 bilion
3) Jimah Energy – RM1.2 bilion

4) 70 ekar tanah di Jalan Tun Razak (projek Tun Razak Exchange) – RM320 juta

5) 495 ekar tanah bekas lapangan terbang TUDM Sungai Besi TUDM (kini Bandar Malaysia) – RM363.5 juta

6) 234 ekar tanah di Air Itam, Pulau Pinang- RM1.38 bilion

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment