Thursday, April 23, 2015

PRK Medan Terbaik Beri Penerangan Tolak Manipulasi Pembangkang Mengenai GST – Hasan Malek

23 April 2015, Rompin : Pilihan Raya Kecil (PRK) adalah medan terbaik kepada kerajaan untuk memberikan penerangan khususnya berkaitan manipulasi pakatan pembangkang yang seringkali mempamerkan dakwaan negatif kepada Barisan Naional (BN), kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hassan Malik.

Katanya, dalam sistem politik negara ini yang mengamalkan dasar demokrasi berparlimen, apabila berlakunya pilihan raya kecil (PRK) sudah pasti sesebuah kawasan akan menjadi tumpuan, dan akan muncul seiring dengan pelbagai isu yang berkaitan sama ada peringkat nasional mahupun setempat.

“Bagi senario sekarang, antara isu yang hangat diperkatakan dan dekat di hati rakyat salah satunya adalah mengenai cukai jualan dan perkhidmatan (GST) yang mana hal tersebut menjadi bahan pembangkang untuk mengelirukan pemikiran rakyat dan memburukkan kerajaan.”

Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri di Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) mengambil inisiatif bagi menjalankan tanggungjawab memberi penerangan mengenai dasar-dasar kerajaan dengan menjelaskan kebaikan serta kelebihan GST kepada masyarakat di Rompin yang akan menghadapi pilihan raya kecil pada 5 Mei nanti.

Menurut, kerajaan melalui KPDNKK telah bekerjasama dengan agensi-agensi yang berkaitan memberi penerangan kepada orang ramai sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal mengenai hak-hak sebagai pengguna dan peniaga.

“Begitu juga dengan kerjasama dari parti politik yang menunjangi kerajaan ini untuk turut sama membantu memberi penerangan berkaitan isu-isu semasa.
DSC_0565
“Sebab itu, PRK Rompin ini kita mengambil peluang dengan usaha-usaha penerangan perlu dipertingkatkan lagi melalui majlis-majlis penerangan kepada rakyat berkaitan apakah itu GST, apa faedah serta mengapa ia dilaksanakan pada tahun ini,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika majlis ramah mesra bersama kira-kira lima puluh orang pemimpin masyarakat di Bandar Muadzam Shah, malam tadi.

Secara amnya, GST adalah satu sistem percukaian yang cukup telus, efisen dan sistematik kerana ia telah dilaksanakan di 170 buah negara termasuklah negara Islam dan terbukti ia mampu dilaksanakan dengan baik, ujar Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu lagi.

“Ini juga sebagai usaha kerajaan bagi memantapkan kewangan negara selain bertujuan melaksanakan pembangunan infrastruktur, kesihatan dan pendidikan sama ada bandar mahupun luar bandar, Felda dan sebagainya.

“Sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, hasil cukai ini akan dikembalikan semula kepada rakyat dalam pelbagai bentuk selain infrastruktur, juga dari segi pembangunan modal insan,” katanya.

Beliau juga menyeru agar seluruh kepimpinan kerajaan perlu turut sama memberi penerangan dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami.

“Sempena PRK ini buku panduan harga dan etika perniagaan akan diedarkan ke pusat daerah mengundi kerana ia menjadi pusat orang ramai semasa tempoh berkempen.

“Kita akan memohon kerjasama daripada pemimpin-pemimpin masyarakat tempatan untuk sama-sama membantu memberi kefahaman kepada orang ramai,” katanya lagi.

Pada PRK Parlimen Rompin ini, Barisan Nasional (BN) meletakkan Pemangku Ketua UMNO Bahagian, Datuk Hasan Arifin sebagai calonnya.

Dipetik daripada sumber : Media UMNO

No comments:

Post a Comment