Monday, April 20, 2015

Rumah Mampu Milik Terus Tenggelam Di Bawah Terowong Dasar Laut, Kereta Kabel

17 April 2015, Bukit Mertajam : Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk  Musa Sheikh Fadzir berkata, Kerajaan Dap Pulau Pinang ternayata lebih ghairah dan rakus mencari keuntungan sehinggakan nasib dan keperluan rakyat bawahan diabaikan.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Ketua Menteri negeri itu, Lim Guan Eng yang mengumumkan cadangan membina ‘Penang Sky Cab’ (kereta kabel) bagi menghubungkan bahagian pulau dan tanah besar.

“Kerajaan Negeri dilihat lebih rakus membuat projek mega daripada menunaikan janji manifesto mereka.

“Tidakkah kerajaan negeri sedar bahawa rumah mampu milik memang merupakan satu keperluan buat golongan rendah dan pertengahan yang hingga kini masih menyewa. Tetapi sayangnya hanya projek mega yang yang keutamaan kerajaan pimpinan Dap,” ujarnya kepada UMNO-Online.
pulau-pinang-penang-sky-cab-cadangan-kerajaan-dap
Sebelum ini, kerajaan Dap Pulau Pinang pernah mengumumkan pembinaan terowong dasar laut bernilai RM6.3 bilion yang sehingga kini belumpun dilaksanakan. Kini mereka mencadangkan pula pembinaan kereta kabel sekaligus membuatkan rakyat negeri ini kecewa kerana yang dinantikan adalah pembinaan rumah mampu milik.

Dalam manifestonya pada Pilihan Raya Umum (PRU) yang lalu, Dap bersama PKR dan Pas menjanjikan perumahan untuk semua dengan membina 22,000 unit rumah mampu milik berkualiti di George Town, Teluk Kumbar, Butterworth, Bukit Mertajam, Batu Kawan dan Juru sekaligus merangkumi lima daerah selain menggerakkan Lembaga Perumahan Negeri untuk menjamin pengurusan perumahan yang lebih berkesan namun sehingga kini tidak ada sebuahpun rumah mampu milik yang telah di bina.

Sejak Dap menguasai Pulau Pinang, isu rumah mampu milik ini tidak pernah mendapat jawapan yang pasti.

Walaupun Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan pada tahun 2012, bahawa sekurang-kurangnya 18,000 unit rumah mampu milik dijangka dibina oleh pihak kerajaan negeri di bawah Fasa 1 dan 2 Tabung Perumahan Mampu Milik RM500 juta dan ianya telahpun dilancarkan pada 17 Februari 2012 namun sehingga kini tidak ada sebuahpun rumah mampu milik yang mampu ditunjukkan oleh Dap.

Lebih memeritkan apabila kerajaan pusat mahu membantu membina rumah mampu milik melalui agensinya, kerajaan negeri pula menyukarkan kelulusan.
Musa sheikh
“Sehingga kini cabaran saya kepada kerajaan Dap tidak disahut… saya hanya meminta mereka tunjukkan di manakah rumah kos rendah dan mampu milik yang telah siap dibina. Tunjuk dan buktikan bahawa mereka memang ambil berat keperluan rakyat dalam isu rumah ini,” ujarnya lagi.

Tambah Musa, sejak mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri daripada Barisan Nasional (BN) pada 2008, keluhan utama penduduk negeri ini adalah keghairahan Kerajaan DAP Pulau Pinang membina rumah-rumah mewah.

“Boleh dikatakan dalam setiap projek perumahan baharu yang diluluskan kerajaan negeri, majoritinya adalah untuk golongan atasan dan bertaraf mewah.

“Golongan bawahan dan sederhana hanya mampu ‘meleleh air liur’ melihat rumah mewah yang sudah pasti amat jauh dari jangkauan mereka untuk dibeli”, katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment