Tuesday, April 21, 2015

Kempen Kotor Pas Sudah Lama Berlaku Sejak Wujudnya Golongan Anwarinas

21 April 2015, Pulau Pinang : Bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang, Ustaz Hafiz Nordin mendedahkan bahawa taktik kotor yang berlaku di dalam kempen pemilihan kepimpinan Pas sudah lama berlaku semenjak wujudnya golongan pro Anwar atau lebih dikenali sebagai Anwarinas di dalam Pas lagi.

Katanya, sudah pasti dalam keadaan  Pas hari ini yang sudah dikuasai oleh ramai pemimpin pro Anwar, tidak hairanlah kempen-kempen kotor sebegini menjadi semakin hebat dalam perebutan jawatan di dalam muktamar Pas kali ini.

“Saya merasa amat kesal kerana semenjak golongan Anwarinas mula bertapak di dalam Pas dengan memegang jawatan tertentu, maka kita boleh lihat geraka kerja kempen dengan cara yang kotor semakin  berleluasa di dalam Pas.
anwarinas_sokong_anwar_pemecah_dalaman_parti_pas
“Malah dalam isu kempen kotor ini, saya yakin Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi juga ada pengalaman tentang hal ini. Justeru itu, saya tidak hairan dengan apa yang berlaku pada pemilihan Pas kali ini, memandangkan kempen kotor yang memburukkan pemimpin, mendedahkan aib ini sudah lama berlaku sejak wujudnya golongan Anwarinas ini di dalam Pas,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambah beliau, ini jelas memperlihatkan bagaimana cara politik tidak telus dan kotor yang diamalkan oleh parti politik yang menjadi rakan kongsi Pas hari ini, iaitu Dap dan PKR kini telah meresap masuk ke dalam Pas.

“Saya tidak nafikan pengaruh politik kotor di dalam Dap dan PKR sudah mula menyerap masuk ke dalam Pas. Sebab itu, hari ini kita lihat gerak kerja kempen Pas adalah berteraskan politik semata-mata dan tidak lagi mengendahkan hukum syarak yang ditetapkan di dalam Islam.

“Dulu, dalam bab mahu memberikan jawatan, maka ramai pemimpin Pas yang akan menolak dan tidak berebut-rebut untuk memegang jawatan. Hinggakan pada satu tahap, untuk memilih pemimpin akan memakan masa yang lama sebab semuanya tidak mahu memegang jawatan di dalam parti kerana bimbang amanah besar ini tidak dapat ditunaikan.

“Tetapi hari ini, ada golongan di dalam Pas sudah mula berebut-rebut mahukan jawatan di dalam parti. Mereka tidak lagi peduli tentang suara ulama, bahkan mereka secara terang-terang menentang ulama di dalam Pas.

“Maka akibat tamakkan kuasa dan jawatan, maka apa saja perlu dilakukan untuk memastikan calon mereka menang termasuklah dengan cara kempen kotor seperti yang kita lihat hari ini,” tegasnya.

Semalam, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, Asmuni Awi mendakwa situasi kempen pada pemilihan kali ini adalah yang  paling buruk berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Dalam satu kenyataannya yang tersiar di sebuah portal berita, Asmuni serangan peribadi terhadap pemimpin yang bertanding kali ini adalah lebih hebat jika dibandingkan pada musim pemilihan tahun-tahun yang lalu.

Bagaimanapun, Datuk Seri Haji Hadi dalam satu kenyataannya menafikan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas itu dengan mengatakan bahawa tidak ada politik kotor yang sedang berlaku di dalam Pas dalam menghadapi pemilihan pada muktamar kali ini.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment