Tuesday, April 28, 2015

Tuduh Kerajaan Gagal Tadbir Felda Hanya Untuk Tutup Kegagalan Ladang Rakyat

27 April 2015, Rompin : Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, tuduhan pembangkang kononnya kerajaan gagal mentadbir Felda dengan baik sehinggakan hidup peneroka menderita hanyalah satu tuduhan bagi menutup kegagalan mereka sendiri.

Jelasnya, ini adalah strategi pembangkang bagi mengaburi mata masyarakat sekaligus melindungi kelemahan mereka.

“Pembangkang hanya tahu bercakap tetapi tidak melihat kepada diri mereka sendiri. Mereka tuduh Felda menderita tetapi yang menderita sebenarnya peserta ladang rakyat di Kelantan, bukannya Felda.”

Katanya, dalam kawasan Parlimennya sendiri iaitu Bera terdapat 15 kawasan Felda tetapi tidak ada pun timbul isu Felda menderita.

“Mereka juga menuduh kerajaan tidak menjaga orang asli. Orang asli yang tidak dijaga adalah di Lojing, Kelantan. Tanah-tanah orang asli diambil. Orang asli mengadu sendiri kepada saya. Di pihak kerajaan, orang asli mempunyai program istimewa untuk membantu masyarakat ini berjaya.
ROMPIN, 27 April -- Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada warga emas Abdul Fatah Ridzwan, 74, ketika merasmikan Jelajah Agropreneur Muda Parlimen Rompin di Bandar Tun Razak hari ini. Jelajah Agroprenur untuk memberi pendedahan kepada generasi belia tentang cabaran dalam perniagaan dan meningkatkan perniagaan. --fotoBERNAMA (2015) HAKCIPTA TERPELIHARA
“Contohnya untuk usahawan orang asli, di bawah Tekun terdapat peruntukan sebanyak RM8 juta khusus membantu golongan ini. Kita kerajaan mempunyai program yang jelas untuk membantu masyarakat orang asli tapi bagi pembangkang, kerajaan gagal untuk membela orang asli. Sebenarnya yang gagal adalah mereka,” jelasnya kepada media dalam sidang akhbar selepas merasmikan program Jelajah Agroprenuer Muda dan penyampaian Bantuan Rakyat Satu Malaysia (BR1M) di Bandar Tun Razak Felda, Rompin hari ini.

Ismail yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam ucapan perasmiannya turut menekankan bahawa Rompin adalah hub pertanian yang bakal menjana pendapatan masyarakat di sini terutamnya golongan muda.

Bagi menarik lebih ramai golongan muda menceburkan diri dalam pertanian maka kementeriannya akan mengadakan siri Jelajah Agroprenuer Muda secara berterusan.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment