Tuesday, April 28, 2015

Pembangunan Modal Insan Orang Asli Jadi Tumpuan RMK-11 – Mohd Shafie

27 April 2015, Rompin : Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan memberi tumpuan kepada komponen pembangunan modal insan masyarakat luar bandar terutama Orang Asli dalam Rancangan Malaysia ke-11 (RMK-11).

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pembangunan modal insan Orang Asli adalah penting supaya golongan ini mampu berdaya saing dan berdikari dengan menjana pendapatan sendiri.
IMG_9450 
“Ini adalah salah satu kerangka dalam RMK-11 yang akan kita laksanakan dan akan dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa terdekat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan program Khidmat Masyarakat GIATMARA daerah Rompin di Bukit Ibam, kira-kira 90km, dari sini hari ini.
http://media.therakyatpost.com/wp-content/uploads/2015/04/201504270028221.jpg
Mohd Shafie berkata komponen pembangunan infrastruktur dan prasarana bagi luar bandar tetap akan diteruskan dalam RMK-11 di samping tumpuan terhadap membangunkan modal insan.

“Masih ada keperluan untuk kita tingkatkan kemudahan infrastruktur dan prasarana di kawasan luar bandar namun dalam masa sama penting untuk kita beri tumpuan dari segi penjanaan ekonomi mereka,” katanya.

Beliau berkata setakat ini sejumlah 758 Orang Asli telah melanjutkan pengajian peringkat tinggi dalam negara dan 40 orang telah melanjutkan pelajaran mereka di luar negara dalam pelbagai bidang.

Terdahulu, Mohd Shafie sempat mengadakan jelajah mesra bertemu pengundi Parlimen Rompin di kawasan Bukit Ibam dan Kampung Aur dekat Muadzam Shah.

Beliau turut mengumumkan kelulusan peruntukan bagi membaiki bumbung Masjid An Nahdhah, Bukit Ibam dan pembinaan jambatan konkrit di Kampung Aur dekat Muadzam Shah, di sini.

Dalam pada itu, Mohd Shafie berkata masyarakat luar bandar dan Orang Asli perlu bijak memilih calon yang sesuai dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin bagi memastikan pembangunan di kawasan itu terus dilaksanakan.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment