Tuesday, April 28, 2015

Sabar, KAN Akan Jawab Semua Soalan Tun Mahathir dan Sarawak Report

28 April 2015, Kuala Lumpur : Ketua Audit Negara (KAN) akan mengambil kira semua soalan-soalan membabitkan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam menjalankan siasatan audit yang diarahkan oleh Perdana Menteri awal Mac lalu.
1mdb_najib_kad_300
Menurut sumber, Jabatan Audit Negara, telah pun mengkaji laporan audit 1MDB dan kini dalam proses mendapatkan dokumen-dokumen yang diperlukan bagi membandingkan dengan laporan audit oleh Delloite.

Selain menjalankan siasatan audit biasa, Mykmu difahamkan, Ketua Audit Negara turut mengarahkan siasatan terarah kepada soalan-soalan yang dibangkitkan oleh Tun Mahathir Mohamad dan Sarawak Report.

Pada awal Mac lalu, Perdana Menteri telah mengarahkan Ketua Audit Negara menjalankan siasatan ke atas 1MDB dan ia kemudiannya akan diserahkan untuk pemeriksaan Jawatankuasa Kira-kira Awam yang bersifat dwi-partisan dan mencerminkan komposisi Parlimen.

Mohd Najib turut berjanji tidak akan melindungi sesiapa pun. 

“Jika terdapat sebarang salahlaku, undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian,”

Selepas beberapa minggu Mohd Najib mengarahkan siasatan tersebut, Tun Mahathir menulis dalam blognya bertanyakan soalan-soalan yang lebih kurang tuduhan Sarawak Report ke atas 1MDB.

Beberapa minggu tanpa jawapan daripada Perdana Menteri, bekas Perdana Menteri tersebut terus menggesa Perdana Menteri meletak jawatan kerana menyebabkan kehilangan RM 42 bilion.

Namun dalam tulisan terbaru beliau minggu lalu, Tun Mahathir mengubah angka tersebut dari RM 42 bilion kepada RM 27 bilion sahaja.

Jika kita mahu mencari ketelusan atas isu 1MDB ini maka Tun Mahathir harus belajar bersabar menunggu laporan siasatan Audit dan PAC serta melihat apakah tindakan kerajaan ke atas mereka yang terbabit jika ada penyelewengan.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment