Monday, April 20, 2015
KWSP Cadangkan Dua Pilihan Pengeluaran Wang Persaraan
20 April 2015
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)
mencadangkan dua pilihan pengeluaran wang caruman penuh ahli iaitu yang
diselaraskan sepenuhnya pada usia 60 tahun pada 2031 serta pengeluaran
seperti biasa pada usia 55 tahun.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan berkata,
pencarum yang terlibat bagi cadangan pengeluaran penuh wang caruman pada
usia 60 tahun adalah bagi mereka yang kini berusia 43 tahun dan ke
bawah.
Bagi pilihan kedua iaitu pengeluaran pada usia 55 tahun, sekiranya
pencarum masih bekerja sehingga umur 60 tahun, wang caruman baharu untuk
tempoh lima tahun itu akan dikunci dan dibenarkan untuk dikeluarkan
sepenuhnya selepas usia berkenaan.
“Dua pilihan pengeluaran penuh itu adalah di bawah cadangan rundingan
inisiatif pertama daripada empat inisiatif yang diperkenalkan.
“Cadangan rundingan inisiatif ini akan dibuka kepada tinjauan maklum
balas pencarum yang akan diperoleh dalam tempoh dua minggu bermula esok.
Tinjauan maklum balas adalah melalui i-Akaun menerusi laman web KWSP, “
katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment