Monday, April 27, 2015

Calon Pembangkang Nak Kitar Semula Pun Sudah Tidak Boleh Pakai

27 April 2015, Rompin : Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron berkata, pembangkang sebenarnya ‘bankrap idea’ apabila menuduh Barisan Nasional (BN) menggunakan calon kitar semula di Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin.

Jelasnya, pembangkang harus melihat kepada calon mereka sendiri di PRK Parlimen Permatang Pauh sebelum menyerang calon BN di Rompin.
idris-haron-ketua-menteri-melaka-kempen-kajang-bn-pas-boikot-diam-senyap-selangor
“Calon mereka nak kitar semula pun dah tak boleh… dahulu letak jawatan untuk memberi laluan kepada suami dengan alasan nak jaga cucu, hari ini bila suami di penjara, kembali menerima pencalonan di PRK Permatang Pauh.

“Inilah kumpulan pembangkang yang cakap tidak serupa bikin. Jadi, saya berharap para pengundi di Permatang Pauh dan Rompin, jangan terpengaruh dengan kata-kata pembangkang yang sentiasa penuh dengan kepalsuan dan penipuan,” ujarnya kepada UMNO-Online.

Tambah Idris, ini ternyata amat berbeza dengan calon BN di Rompin iaitu Datuk Hasan Ariffin yang walaupun pernah bertanding dahulu namun beliau seorang yang dikenali dengan kredibiliti yang tidak boleh dipertikaikan.

“Calon kita cukup cemerlang sewaktu menjawat jawatan sebagai Timbalan Menteri Besar dan bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Bukit Ibam dan Tioman. Sampai ke peringkat ini pun beliau masih berkhidmat sebagai Timbalan UMNO Bahagian Rompin membantu Allahyarham Tan Sri Jalamuddin Jarjis.

“Beliau tidak pernah meninggalkan parti. Ini amat berbeza dengan calon kitar semula pembangkang,” jelasnya lagi.

Ketika ditanya pula berkaitan peranan Melaka sebagai salah satu negeri angkat di PRK Rompin, beliau menjelaskan bahawa Melaka memahami peranan dan fungsi malah tahu struktur dan sistem pentadbiran politik di sini malah ianya telah diatur sebaik mungkin oleh Allahyarham Jamaluddin Jarjis.

“Kali ini kita menghormati semangat yang dibawa perhubungan negeri Pahang iaitu penduduk setempat akan mengawasi pengundi putih sementara Melaka akan membantu mengawasi pengundi hitam dan atas pagar.

“Saya lihat peranan dan fungsi baru ini lebih efektif dan kita boleh berkira-kira secara tepat berapa penambaikan yang boleh dilakukan dengan memutihkan pengundi hitam atau menarik pengundi di atas pagar.

“Kami akan berusaha untuk membantu BN mengekalkan kerusi di Parlimen ini dengan majoriti yang lebih baik,” katanya.

Dipetik daripada sumber :  MediaUMNO

No comments:

Post a Comment