Tuesday, April 28, 2015
“Kenapa Nak Selamatkan Felda? Hidup Kami Cukup Baik, Terima Kasih BN” – Peneroka
28 April 2015, Rompin : “Kenapa nak selamatkan Felda? Kami peneroka Felda
hidup dalam keadaan yang baik sahaja… tak perlu selamatkan. Jangan buat
cerita kononnya kami warga Felda menderita. Terima kasih Barisan
Nasional (BN),” begitulah luahan hati seorang peneroka Felda, Ahani
Hassan, 61, yang telah lebih 30 tahun hidup di Felda.
Ahani yang menetap di Felda Keratong 1, sama sekali menolak tuduhan
pihak tidak bertanggungjawab kononnya para peneroka hidup menderita di
Felda.
Jelasnya, mungkin orang luar ataupun generasi baru Felda akan
terpengaruh dengan pembohongan pembangkang namun bagi beliau yang
merupakan generasi pertama tahu bahawa kerajaan amat menjaga kebajikan
para peneroka.
Kenyataan Ahani itu turut disokong oleh Bedah Wahab, 64, yang turut
menzahirkan rasa terima kasih kepada kerajaan kerana sentiasa menjaga
dan membela nasib peneroka.
Bedah turut membidas tindakan pembangkang yang mengadakan kempen
Selamatkan Felda. Baginya kempen tersebut bertujuan jahat dan hanya mahu
memecahbelahkan keamanan yang selama ini dikecapi oleh penduduk Felda.
“Tidak perlulah mempengaruhi kami di Felda. Kami lebih tahu siapa
yang banyak membantu kami selama ini. Susah senang kami hanya kerajaan
sediada yang ambil tahu. Apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk orang
Felda adalah demi memastikan anak cucu kami hidup terjamin di masa
hadapan.
“Jika kami sudah menikmati yang terbaik maka mengapa mereka yang tak
tahu apa-apa ini buat kempen selamatkan Felda. Cukuplah… jangan ganggu
kami di musim pilihan raya ini,” katanya kepada UMNO-Online.
Sementara bagi Mohd. Zari Abdul Hamid, 25, generasi kedua Felda pula
turut merasakan nikmat ekoran daripada aturan dan penjagaan yang
dilakukan oleh kerajaan kepada masyarakat Felda.
Baginya, pembangkang hanya muncul pada musim pilihan raya di kawasan Felda dan selepas itu mereka hilang entah ke mana.
“Kalau kami sokong pembangkang, bila tamat pilihan raya mana kami nak
cari mereka… sedangkan selama ini yang membantu menjana ekonomi
golongan muda Felda adalah kerajaan sedi ada,” katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment