Tuesday, April 28, 2015

Penduduk Kajang Derita Banjir Kilat

29 April 2015, Kajang : Soalan yang ditanya rakyat yang menderita akibat banjir di kajang... "Bilakah penderitaan ini akan berakhir??"

Itulah keluhan dan persoalan yang ditimbulkan penduduk di sekitar Kajang berhubung masalah banjir kilat yang belum berkesudahan sejak 2011.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqiPscoSX4Zg66aCWPDltyoOGlT8tL-upThRu_MpGPZDjecYUUEFwPVTGyknfnM6ChZjrdQ5R6W9-NDW2Difm-kgoj-TQBjRwwfHjNHoyCop3S6NFLf_a3DXp8N81MZFHaOgpjg7TJtqg/s1600/banjir+kajang+8.jpg
Menurut penduduk di situ, sudah banyak kali aduan dipanjangkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT), malah masalah itu juga pernah disuarakan kepada Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang.

Bagaimanapun, sehingga ke hari ini, masalah yang sama tetap berulang.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan itu mendapati, banjir kilat yang berlaku bukan sahaja mero­sakkan harta benda tetapi beberapa peniaga turut mengalami kerugian berikutan barang jualan rosak dan premis dinaiki air lumpur.

Suri rumah, C. Selvapathy, 65, yang tinggal di Sungai Chua berkata, kawasan rumahnya sering dimasuki air apabila hujan lebat melanda walaupun dalam tempoh dua jam berikutan terdapat sebuah pangsapuri 60 tingkat yang dibina lebih tinggi dari lokasi perumahan sekitar.

“Pada penghujung tahun lalu, keseluruhan perabot rumah rosak teruk sehingga mengalami kerugian yang banyak, taman permainan kelihatan seperti laut Port Dickson, kami risau sekiranya keadaan tersebut berlaku, tambahan pula pada Rabu lepas iaitu sekitar pukul 4 petang telah berlaku banjir kilat pertama bagi tahun ini.

“Lebih membimbangkan apabila lokasi rumah saya betul-betul berhampiran sungai. Saya hanya suri rumah dan tiada hak untuk bersuara, jika saya ahli politik, sudah tentu akan menyelesaikan masalah ini,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Dalam kejadian terbaharu, pada 22 April lalu, sekitar bandar Kajang dilanda banjir kilat yang teruk mengakibatkan beberapa kedai di kawasan rendah dimasuki air sementara hari ini pula, para peniaga di situ mula mengemas barang jualan seawal pukul 5 petang dan menutup kedai selepas mendapati hujan lebat berlarutan lebih 30 minit.

Menurut Selvapathy, penduduk sekitar bandar itu berharap kerajaan negeri akan mencari jalan penyelesaian bagi mengatasi masalah tersebut walaupun secara berperingkat.

Bagi pekerja kedai, Muhd. Hasbullah Nazir, 21,kerajaan negeri pula sebelum ini sekadar datang bertanya khabar selepas banjir berlaku seperti yang sering dilakukan wartawan, namun sehingga kini, tiada jalan penyelesaian yang diambil.

“Saya bekerja di sini lebih kurang setahun lapan bulan dan dalam tempoh itu telah berlaku empat kali banjir kilat yang menyebabkan kerugian pada kedai ini. Sekiranya pintu kedai dapat ditutup awal, air mungkin akan masuk pada paras buku lali tetapi sekiranya lambat, kemungkinan akan naik sehingga paras lutut,” ujarnya.

Peniaga, Zulkeple Samsudin, 52, pula memberitahu, masalah banjir kilat telah diajukan kepada pihak Majlis Perbandaran Kajang (Mpkj) dan tindakan yang diambil adalah pembersihan sungai serta mendalamkan perparitan dan sungai.

Bagaimanapun katanya, banjir tetap berlaku disebabkan kuantiti sisa pepejal dan sampah yang tidak pernah berkurang, selain sisa tanah dari beberapa kawasan tinggi turun ketika hujan sehingga berlaku mendap di bahagian bawah menyebabkan berlaku takungan.

Seorang lagi penduduk Kajang, Mohamad Ismail Suji Alam, 24, berkata, berikutan banjir kilat kerap berlaku di bandar itu, majikannya terpaksa membina tembok setinggi 15 sentimeter pada bahagian pintu bagi mengelakkan air memasuki kedai.

Dipetik daripada sumber : Utusan

No comments:

Post a Comment