Wednesday, April 29, 2015

#PRKPermatangPauh: 7 Mei Cuti, Bukti Lim Guan Eng Tidak Percaya Kepada PAS!

rsn rayer
EDITOR MENULIS...

29 APRIL 2015

Apabila Lim Guan Eng mengumumkan cuti khas pada hari pengundian dijalankan iaitu 7 Mei, tidak sukar untuk menjangka strateginya, iaitu mahukan kekuatan jentera DAP dan PKR untuk sama-sama turun bagi memastikan jentera Barisan Nasional tidak dominan dalam usaha untuk meraih undi pada saat akhir.

Kerisauan Lim Guan Eng ini dapat dirasakan, apabila tekanan demi tekanan secara “dalaman” dikenakan ke atas Pemuda PAS negeri, yang sebelum ini bertindak untuk memboikot jentera PR pada pilihanraya kecil kali ini sehingga keputusan “U-Turn” dinatijahkan, persis seperti ramalan ramai pemerhati politik.

Arahan untuk mengambil tindakan tatatertib ke atas Dewan Pemuda PAS negeri merupakan sebahagian dari desakan berkenaan. Terdahulu, Mat Sabu telah berjaya membuat PAS negeri akur untuk sama-sama membantu calon dari parti yang jelas menolak prinsip dan perjuangan PAS sejak dahulu.

Faham akan landskap politik Pakatan, Lim Guan Eng bertindak bijak untuk memastikan jentera mereka tidak ketinggalan dari segi jumlah. Ini bermakna, Guan Eng tahu bahawa selama ini, dokongan jentera dan undi PAS merupakan intipati kejayaan mereka dalam menakluk sokongan pengundi. Setuju atau tidak, PKR merupakan parti opportunis, yang bijak mengambil kesempatan ke atas kelemahan PAS lantas memanipulasi jentera parti itu untuk kepentingan pimpinan PKR sendiri.

Kerisauan DAP dan PKR  akan keupayaan PAS untuk mandiri dan berdiri di atas prinsip dan perjuangan sendiri jelas dapat dilihat pada satu program yang bertempat di tapak ekspo Seberang Jaya malam tadi.

Chris Lee, DAPSY Pulau Pinang, secara terus terang memberitahu bahawa DAP dan PAS tidak akan berpecah, dan terus bersatu. Sentimen yang sama juga digunakan oleh RSN Rayer yang terkenal dengan ungkapan “Celaka”, dengan mengundang dua orang “bodyguard” nya dari PAS, sambil memuji-muji mereka berdua.

Ini semua adalah taktik, untuk memujuk dan membuktikan kononnya merekalah sahabat sejati, sedang Hadi Awang bermati-matian mempertahankan perjuangan PAS bersendirian apabila dikritik hebat oleh pimpinan DAP.

Rupanya, secara tidak mereka sedar, mereka sendiri membenarkan pendapat bahawa PAS memang mempunyai jentera yang dominan dan kuat di dalam Pakatan Rakyat, yang tidak mampu ditawarkan oleh PKR. Bonus bagi DAP dan PKR, PAS tidak menyedari hal ini, dan terbukti mudah diperkotak-katikkan mengikut selera mereka.

Oleh itu, tindakan mengistiharkan cuti pada 7 Mei adalah strategi yang baik, disamping mampu mengarahkan jentera agensi kerajaan negeri untuk sama-sama turun membantu proses meraih undi. Tiada masalah bagi Lim Guan Eng sekiranya PAS masih enggan menggerakkan jentera mereka.

Sehingga ke hari ini, Hadi Awang masih belum mengeluarkan arahan untuk ahli PAS mengundi calon PKR pada 7 haribulan nanti.

Disediakan oleh :
https://pbs.twimg.com/profile_images/3081822172/f7b2087b86327554673b6ebcc7bf485f.jpeg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment