
Tuesday, April 21, 2015
Pencarum KWSP diminta segera daftar i-Akaun
22 April 2015, Kuala Lumpur : Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) meminta
ahli yang belum memiliki i-Akaun segera membuat pendaftaran dalam tempoh
dua minggu ini bagi menyertai tinjauan maklum balas dan kaji selidik
mengenai empat inisiatif penambahbaikan skim persaraan.

Menurut jurucakap KWSP, ada tiga cara untuk mendaftar i-Akaun iaitu
dengan terlebih dahulu mendapatkan ‘Kod Pengaktifan’ menerusi kios-kios
KWSP atau kaunter di cawangan-cawangan di seluruh negara.
Selain itu, ‘Kod Pengaktifan’ boleh diperoleh dengan menghubungi
pusat panggilan pelanggan di nombor 03-89226000 yang mana kod
pengaktifan i-Akaun dihantar akan menerusi khidmat pesanan ringkas
(SMS).
Jelas jurucakap tersebut, tiga kaedah itu sudah memadai untuk
membantu pencarum di bandar dan di luar bandar membuat pendaftaran
i-Akaun kerana proses pendaftarannya sangat mudah dan tidak
mengelirukan.
“Kita memahami setakat ini hanya 1.43 juta pencarum memiliki i-Akaun
dan majoriti daripada pencarum tidak memiliki akaun tersebut.
“Namun, kami memohon supaya pencarum-pencarum yang belum mendaftar
supaya segera membuat pendaftaran bagi menjelaskan pendirian mereka
menerusi tinjauan kaji selidik tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia
ketika dihubungi di sini hari ini.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment