Monday, April 20, 2015

Bankrap Modal… Pembangkang Cuba Tumpang ‘Tui’ Teguran Tun Mahathir

21 April 2015, Kuala Lumpur : Bekas Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kasim berkata, beliau tidak hairan dengan tindakan pihak pembangkang yang menjadikan kritikan Tun Mahathir sebagai modal politik kempen kerana sememangnya golongan ini suka bersikap menangguk di air yang keruh.
http://i.ytimg.com/vi/TD7poO7m34Q/maxresdefault.jpg
Tegasnya, pihak pembangkang jangan terlalu perasan yang kononnya Tun Mahathir menyebelahi mereka, sedangkan kritikan atau teguran Tun itu adalah lebih bersifat dalaman sebagai orang lama di dalam UMNO.

“Pembangkang hari ini kita lihat seolah-olah bak kata orang cuba menumpang ‘tui’ dengan menjadikan kritikan Tun itu sebagai modal politik untuk menghentam kerajaaan termasuk cuba melaga-lagakan kepimpinan UMNO.

“Sedangkan dalam hal ini, Tun secara terbuka telah menegaskan bahawa beliau sesekali tidak akan bersekongkol dengan mana pihak sekalipun, apatah lagi pembangkang untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib.

“Ini secara jelas memperlihatkan bahawa kritikan dan teguran Tun itu bukanlah niat untuk menjatuhkan sebaliknya satu teguran yang berdasarkan suara akar umbi agar kerajaan menjelaskan isu semasa yang menjadi persoalan rakyat hari ini,” ujarnya kepada UMNO Online di sini hari ini.

Justeru beliau menyeru kepada rakyat khususnya kepada pengundi di Permatang Pauh dan Rompin agar tidak terpengaruh dengan mainan politik pihak pembangkang.

“Pembangkang terpaksa menggunakan nama Tun untuk memperdayakan rakyat agar percaya kepada apa saja kata-kata mereka. Sedangkan Tun tidaklah bersetuju dengan pembangkang jauh sekali untuk menyokong mereka.

“Sikap pembangkang yang suka menangguk di air yang keruh ini bukan baru malah sejak dari dulu lagi.

“Bagi saya kepimpinan parti pembangkang tidak mempunyai prinsip dan seringkali mengambil kesempatan tanpa mengira sesiapapun asalkan dapat memberikan keuntungan politik untuk survival parti masing-masing,” jelasnya. 

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment