Monday, April 20, 2015

Demo Bukan Menghasut, Paderi Sendiri Setuju Turun Salib

21 April 2015, Kuala Lumpur : Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid hari ini berkata perhimpunan menuntut salib sebuah gereja di Petaling Jaya diturunkan semalam tidak melibatkan unsur hasutan.
http://www.mynews21.net/wp-content/uploads/2015/02/Khalid-Abu-Bakar.jpg
Katanya juga, kejadian itu tidak menyentuh isu agama sebaliknya ia hanya merupakan isu masyarakat tempatan.

Dalam isu di Petaling Jaya itu, kami tidak melihat apa-apa isu yang berbentuk menghasut. Ini bukan isu menyentuh agama atau agama Kristian. Ini cuma bantahan masyarakat di sana tentang kedudukan gereja itu.

“Salib itu diturunkan adalah di atas permintaan masyarakat dan disetujui oleh paderi itu sendiri. Tidak ada kekerasan digunakan semasa menurunkan salib itu,” kata Khalid selepas melancarkan program PRIMA kepada warga PDRM di Bukit Aman hari ini.

Sebelum ini, penduduk di kawasan Taman Medan mengadakan demonstrasi di luar gereja itu pada Ahad mendesak supaya simbol salib pada bangunan itu diturunkan.

Ketika kejadian itu, gereja berkenaan sedang mengadakan sesi ceramah agama mingguannya.

Dipetik daripada sumber : BNBBC

No comments:

Post a Comment