Wednesday, April 22, 2015

Umur 60 Tahun Keluar KWSP: Tidak Setuju Bukan Masalah, Jangan Fitnah Kerajaan

22 April 2015, Kuala Lumpur : Ramai tidak setuju cadangan KWSP untuk naikkan had umur minima. Harap KWSP hentikanlah saja polemik bodoh ini. Polemik ini jadi bodoh bukan idea itu bodoh tapi kerana orang Malaysia ini bila tidak setuju, sudah tidak boleh di bawa berbincang.
http://penangmonthly.com/wp-content/uploads/2012/11/Budget5.jpg
Kita tengok cadangan tersebut bukan sahaja ditolak mentah-mentah, malah sudah menjadi bahan fitnah kononnya KWSP sudah tidak ada duit dan kerajaan hendak gunakan wang KWSP.

Sebenarnya semakin banyak wang disimpan KWSP, makin berat tanggungjawab KWSP dan kerajaan untuk mencari pelaburan yang selamat dan pulangan yang tinggi untuk membayar dividen.

Sebab itu kita lihat KWSP mewujudkan beberapa saluran pengeluaran untuk pembelian rumah dan pelaburan dalam unit Amanah.

Mereka sendiri tidak mahu pegang terlalu banyak wang pencarum, tapi dalam masa yang sama mahu memastikan pencarum mempunyai wang persaraan yang mencukupi untuk hari tua.

Sebenarnya sebagai agensi yang menjaga wang persaraan, KWSP perlu mengutarakan idea ini kerana had umur persaraan minima sektor kerajaan dan swasta telah dinaikkan ke 60 tahun. Umur 55 tahun sekarang ini pun diputuskan berdasarkan had umur persaraan sebelum ini.

Tidak setuju tiada masalah, tidak perlu maki hamun dan fitnah kerajaan. Kerajaan hanya mahu mendapat pandangan.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment