Monday, April 27, 2015
Lagakan Pemimpin : Ikatan BN Kukuh Bukan Seperti Ikatan Kosmetik Pembangkang
24 April 2015, Kuantan : Exco Kerajaan Negeri Pahang, Datuk Shahaniza
Shamsuddin berkata hakikat yang harus diakui adalah Barisan Nasional
(BN) merupakan sebuah parti gabungan berdaftar yang telah berpuluh-puluh
tahun bekerjasama dengan amat baik.
Tambah beliau lagi, apabila terdapat sesuatu masalah, pasti akan
duduk berbincang serta menyelesaikannya dengan suasana harmoni tanpa
menjejaskan hubungan antara rakan-rakan komponen.
Ini tegasnya menunjukkan BN jauh berbeza dan jauh lebih baik berbanding dengan pakatan pembangkang.
“Sebab itu saya melihat, hasrat pembangkang untuk melaga-lagakan
kepimpinan BN pasti tidak akan berjaya. Kerana apa? Kerana kita ada
semangat solidariti yang kukuh terpahat.
“Walaupun begitu, kita jangan leka dengan hanya mengambil semangat
solidariti itu sahaja, jangan mengambil sikap bertahan sahaja. Kita
perlu ofensif serta memperkuatkan gerakerja tanpa henti, semuanya
untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat,” kata beliau kepada
UMNO-Online.
Tetapi pembangkang jelas kelihatan, nama sahaja berpakat tetapi
masing-masing ego buat sendiri-sendiri tanpa pengetahuan sekutu apabila
membuat satu dasar atau perancangan, tambah Pengerusi Jawatankuasa
Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Negeri Pahang
itu lagi.
“Contohnya seperti apa yang telah berlaku dalam pakatan pembangkang,
PKR dengan langkah Kajangnya, Pas dengan hududnya, manakala Dap pula
dengan pilihan raya pihak berkuasa tempatannya.
“Apabila ada masalah, mereka mula tuduh-menuduh, tuding jari sesama
sendiri, langsung tidak memberikan contoh yang terbaik kepada rakyat,
lebih kepada agenda peribadi semata-mata bahkan ada tahap hingga
memutuskan hubungan,” jelas Shahaniza yang juga merupakan Ahli Dewan
Undangan Negeri (ADUN) Kuala Sentul, Maran.
Seterusnya, beliau juga mengingatkan semua pihak dalam BN agar tidak
mengambil mudah gerak-gerakan dan modus operandi pembangkang.
“Yang pasti, mereka ini tidak akan berdiam diri, terus memanipulasi
isu dan mengelirukan rakyat dengan menggambarkan sisi negatif kerajaan,
dengan harapan rakyat termakan dakyah-dakyah mereka,” kata Timbalan
Ketua UMNO Bahagian Maran itu.
Dipetik daripada sumber : Media UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment