Monday, April 27, 2015

Tiada Usul Najib Berundur Di Bukit Jelutong

ubsa

EDITOR MENULIS

27 APRIL 2015

Gempar semalam kononnya sebuah cawangan (bukan bahagian) UMNO di Shah Alam, iaitu cawangan Bukit Jelutong membuat usul agar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dipecat.

Usul itu dikatakan satu dari 6 usul yang diluluskan oleh cawangan yang diketuai antara orang terkanan dalam UMNO Bahagian Shah Alam.

Maklumat yang saya terima bagaimanapun menyatakan tidak ada usul sedemikian yang diluluskan cawangan tersebut.

Tidak pasti sama ada usul itu dicadangkan, kemudiannya ditolak atau bagaimana, tapi yang pasti tidak ada usul rasmi yang diluluskan cawangan tersebut yang mahu Datuk Seri Najib meletakkan jawatan.

Maka itu saya menganggap ini satu lagi permainan persepsi pihak-pihak yang mahu UMNO ‘kelihatan’ berpecah, sama ketika pemilihan tahun 1987 dahulu dan ketika Anwar Ibrahim dipecat dari UMNO pada tahun 1998 – kedua-dua ketika UMNO dipimpin oleh orang yang sama.

Pada kedua-dua kejadian tersebut, ramai pemimpin kanan UMNO yang meletak jawatan atau isytihar diri keluar parti.  Ketika perpecahan 1998, ada juga yang ditahan di bawah ISA kerana terang-terang menyokong Anwar, salah seorang darinya ialah Naib Presiden UMNO hari ini (Ketua Pemuda pada waktu itu), Datuk Seri Zahid Hamidi.

Sokong Anwar pun masuk ISA? Jadi tanya lagi kenapa ISA perlu dihapuskan, lihat bagaimana ia boleh disalah gunakan dulu.

Bagaimanapun itu cerita lain, yang penting, kesemua itu tidak berlaku hari ini sekalipun ada desakan yang mahu Datuk Seri Najib Tun Razak meletak jawatan kerana enggan menjadi budak suruhan Tun Mahathir.

(Teringat PAS Kawasan Batu (setaraf Bahagian UMNO), minta Hadi Awang berundur pun dianggap kes terpencil).

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1CPdIwPVVdtaOjDIwP-__qy_lE8SBAPUudYF6R0QuucGWFz3QbYHEsw0q7uikGO-mz1ZHregxmlGjh3T_Y0vmngTpUfAsjo3fK9YUbkwGx_cn4vKmpJFICzkraiBaZcSoZHbMU7O5vcg/s1600/Debat+7.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment