Tuesday, April 28, 2015
Pembangkang Diminta Berikan Fakta CBP Yang Benar – Pemuda BN P.Pinang
27 April 2015, Bukit Mertajam : Pakatan pembangkang diminta menyatakan
perkara yang benar mengenai pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan
(CBP) pada kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.
Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) Pulau Pinang, Hng Chee Wey
mendakwa pimpinan pakatan pembangkang cuba mengelirukan rakyat dengan
maklumat yang tidak tepat berhubung CBP ketika berkempen.
Beliau
berkata Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar
Ibrahim, selaku Ketua Pembangkang dalam sidang media di Dewan Rakyat
pada 31 Okt 2013 menyatakan Pakatan Rakyat pun akan melaksanakan CBP
jika ia dapat memerintah negara.
Hng berkata Anwar menyatakan bantahan pembangkang terhadap
pelaksanaan CBP bukan bermaksud bantahan kepada sistem percukaian itu,
tetapi terhadap kesediaan negara untuk melaksanakannya.
“Jadi Pakatan Rakyat sila nyatakan pendirian mengenai CBP. Harap
dapat jawapan yang jelas, bantah atau sokong. Jangan kelirukan rakyat,”
katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Bagi menangani dakwaan tidak betul mengenai CBP yang cuba
diputarbelitkan oleh pembangkang, katanya, Pemuda BN akan akan
menyalurkan maklumat sebenar pelaksanaan CBP dan memberikan penerangan
yang sepatutnya.
PRK Permatang Pauh pada 7 Mei ini menyaksikan pertandingan empat
penjuru antara Suhaimi Sabudin (BN), Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
(PKR), Azman Shah Othman (Parti Rakyat Malaysia) dan Salleh Isahak
(Bebas).
PRK Permatang Pauh diadakan berikutan keputusan Lembaga Pengampunan
menolak petisyen pengampunan diraja yang dipohon Anwar, yang merupakan
Anggota Parlimen Permatang Pauh sebelum ini, melalui anggota
keluarganya, sekaligus menyebabkan Anwar hilang kelayakan sebagai wakil
rakyat.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun bagi sabitan meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment