Wednesday, April 29, 2015

Pembangkang Sekadar Canang Isu Bermusim – Hishammuddin

29 April 2015, Rompin : Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menyifatkan isu-isu yang dibawa oleh pakatan pembangkang khususnya Pas sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Rompin, 5 Mei ini merupakan isu bermusim.

Ujarnya, bila tiba kempen pilihan raya, termasuk pilihan raya umum dan pilihan raya kecil, pihak pembangkang akan membawa cerita-cerita tidak betul.

“Termasuk di Sembrong sebelum ada pilihanraya umum, mereka tak datang dan tak nampak batang hidung pun tetapi bila tiba musim pilihan raya nanti, mereka akan datang bawa pelbagai cerita.

Yang menyedihkan, cerita-cerita yang boleh memecah-belahkan masyarakat, menang atau kalah pun, mereka akan pergi meninggalkan kita. Sebab itu kita kena pastikan Datuk Hasan Ariffin menang PRK, 5 Mei ini, bagi memastikan perjuangan untuk warga Felda tetap terbela bila wakil rakyat tetap bersama dengan Barisan Nasional,” ujarnya yang juga Penyelaras Jentera BN PRK Rompin.
PH03_290415_HISHAMMUDDIN
Tambahnya, bagi memastikan kemenangan besar Datuk Hassan pada 5 Mei ini, jentera BN diarahkan untuk menggerakkan jentera PDM secara lebih agresif untuk mendekati pengundi.

“Kita pastikan bahawa PDM, cawangan, pergerakan sayap semua bergerak senada seirama, kita berikan tumpuan kepada tarikh pembuangan undi mulai hari ini, kita pastikan orang-orang kita keluar mengundi ramai dari awal pagi kerana kita tidak boleh ambil mudah.

Tambahnya, kita tidak datang untuk membawa perpecahan khususnya kepada warga Felda dan masyarakat di Parlimen Rompin ini.

“Yang datang mengadu-domba, memecah-belahkan ini mereka di luar sana, kita sampaikan mesej kepada mereka bahawa UMNO dan BN tidak terikut-ikut dengan provokasi dan mereka tidak ada tempat seinci pun untuk mereka bawa politik negatif, pecah belah yang mereka di kawasan ini. 

Perjuangan kita konsisten, perjuangan yang kita warisi dari nenek moyang kita, yang penting keikhlasan kita untuk membela nasib orang kita,” tambahnya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment