Thursday, April 23, 2015
Biadab, Sikap Pembangkang Di Sidang DUN Negeri Sembilan Tak Hormat Rukun Negara
23 April 2015, Rompin : Tindakan 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)
Negeri Sembilan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak memberikan
sebarang reaksi terhadap usul menjunjung kasih titah ucapan Yang
Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir adalah
sikap biadab yang merosak dan melanggar Rukun Negara dan juga adat
ketimuran, kata Ketua Pemuda UMNO Pahang, Shahar Abdullah.
Jelasnya, sebagai pemimpin mereka sewajarnya memberi gambaran yang
baik kepada generasi Y iaitu anak muda yang mahu negara ini kekal, aman
makmur dan sejahtera.
“Anak muda juga mahu mengekalkan imej negara di mata antarabangsa. Di
peringkat global Malaysia dipandang penuh adap sopan dari cara
berfikir, bercakap dan membuat tindakan. Ianya adalah berasaskan adat
ketimuran.
“Jadi apa yang berlaku dalam sidang DUN Negeri Sembilan bagi saya
bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana itulah sikap pemimpin
pembangkang. Mereka suka membuat perkara yang salah dan melanggar rukun
Negara. Kesetiaan kepada Raja dan Negara itu seolah-olah tidak mereka
difahami.
“Mereka lupa stuktur negara ini adalah Sultan. Yang diPertuan Agong..
jika ini dicalar dengan tindakan mereka biadab, sudah pasti anak muda
hari ini menyimpan satu perasaan untuk menolak mereka pada pilihan raya
akan datang,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Tambah Shahar, perkara sebegini haruslah dibendung agar kefahaman terhadap roh dan semangat Rukun Negara itu difahami.
Sebagai pemimpin muda, beliau tidak melihat perkara ini sebagai
sesuatu yang positif untuk pembangunan minda generasi akan datang.
“Sekiranya perkara ini terus berlaku dan kita tidak memahami serta
tidak memberi kefahaman kepada anak-anak muda maka mereka akan
menganggap ini perkara biasa dan akhirnya kebiasaan ini akan menyebabkan
struktur roh dan semangat Rukun Negara itu dirosakkan oleh mereka yang
tidak bertanggungjawab,” ujarnya lagi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment