Tuesday, April 28, 2015

Persoal Poster PM Bukti Betapa Lemasnya Pembangkang Cari Modal Isu

28 April 2015, Permatang Pauh : Ketua UMNO Bahagian Permatang Pauh, Datuk Mohd Zaidi Mohd Said menyifatkan pihak pembangkang ketandusan isu apabila cuba membangkitkan persoalan berhubung ketiadaan gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam poster calon Barisan Nasional (BN) pada kempen pilihanraya kecil Permatang Pauh kali ini.

Kata beliau, ini menunjukkan bahawa pembangkang kini sedang cuba mencari apa saja isu apabila mereka mendapati tiada sebarang isu panas atau sensitif yang boleh dikaitkan dengan calon BN, Suhaimi Sabudin.

“Sebab itu mereka cuba untuk membawa  isu gambar Datuk Seri Najib yang sebenarnya tidak memberikan sebarang kesan kepada pengundi permatang. Isu ketiadaan gambar Datuk Seri Najib di dalam poster atau banner kempen BN sebenarnya tidak perlu dipersoalkan.

“Kita hari ini di dalam peringkat permulaan kempen yang apa yang penting ialah kita mahu mengenengahkan calon kita. Apa yang penting, rakyat di Permatang Pauh perlu tahu siapa calon kita, bagaimana rupa calon kita dan apakah ciri-ciri ketrampilan yang ada pada calon BN kali ini,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.
PG15_230415_CALON_BN
Sebab itulah jelas beliau lagi pada peringkat awal ini, BN lebih fokus untuk mengenengahkan calon melalui poster atau kain rentang yang dipasang di sekitar kawasan parlimen Permatang Pauh.

“Dan kita tahu sampai masa dan ketikanya, kita tahu bahawa calon kita perlu menumpang kekuatan Presiden, dan pada ketika itu kita tengok bagaimana strategi seterusnya,” katanya.

Justeru itu katanya, isu awal yang cuba dimainkan oleh pihak pembangkang melalui portal berita mereka sebenarnya hanyalah satu isu yang sangat remeh temeh.

“Saya yakin bahawa pengundi di Permatang Pauh tidak akan terpedaya dan terkesan dengan isu-isu remeh temeh sebegini, termasuk isu-isu perpecahan atau isu-isu lain yang cuba dikaitkan dengan calon kita pada PRK kali ini,” tegas beliau.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment