Persoalan untuk Shahril... kalaupun (even if) sedemikian, itu wang mereka, hak mereka? Mengapa KWSP yang hanya (boleh) dianggap sebagai HANYA pemegang amanah untuk simpanan berkenaan pula yang ingin membuat keputusan untuk menahan wang pencarum.
Tuesday, April 21, 2015
Apa Kata Anda Tentang Cadangan KWSP?
EDITOR MENULIS
21 APRIL 2015
Baru-baru ini kita dihebohkan dengan
kenyataan dari Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
(KWSP) Datuk Shahril Ridza Ridzuan yang mengatakan akan menimbang
penyelarasan umur pengeluaran simpanan persaraan ahlinya kepada usia
persaraan 60 tahun.
Beliau berkata, negara perlu menangani
isu pengeluaran simpanan pada usia 55 tahun berbanding usia persaraan
baharu pada 60 tahun, jika tidak ia akan menjadi bebanan kepada
masyarakat untuk menguruskan orang-orang yang bersara tanpa wang yang
mencukupi dalam akaun mereka.
Shahril memetik kaji selidik bebas yang
dijalankan oleh pakar ekonomi serta penyelidikan dalaman KWSP yang
menunjukkan rata-rata orang cenderung untuk menghabiskan simpanan
persaraan mereka dalam tempoh tiga hingga lima tahun selepas membuat
pengeluaran penuh.
Persoalan untuk Shahril... kalaupun (even if) sedemikian, itu wang mereka, hak mereka? Mengapa KWSP yang hanya (boleh) dianggap sebagai HANYA pemegang amanah untuk simpanan berkenaan pula yang ingin membuat keputusan untuk menahan wang pencarum.
Persoalan untuk Shahril... kalaupun (even if) sedemikian, itu wang mereka, hak mereka? Mengapa KWSP yang hanya (boleh) dianggap sebagai HANYA pemegang amanah untuk simpanan berkenaan pula yang ingin membuat keputusan untuk menahan wang pencarum.
Kita amat tidak setuju dengan cara pihak
KWSP menguruskan wang pekerja yang akan bersara kerana bukan semua dari
kalangan pesara akan menghabiskan wang mereka seperti dalam tempoh yang
tersebut. Ada dikalangan mereka amat memerlukan wang KWSP untuk
pembelanjaan harian dan juga untuk tujuan perubatan dan sebagainya
setelah mereka bersara seawal umur 55 tahun.
Setelah mereka menamatkan perkhidmatan
dengan sebuah syarikat, pihak syarikat tidak akan menanggung lagi
bayaran perubatan mereka maka kalau ada dikalangan mereka yang bersara
awal atau ketika berumur 55 tahun sudah tentu akan jadi masalah
sekiranya KWSP menyekat pengeluaran wang mereka dalam KWSP.
Antara lain kalau pihak kerajaan
meluluskan cadangan KWSP kemungkinan besar ada yang akan bersara dalam
usia 55 tahun terpaksa menunggu lebih lama lagi untuk pengeluaran wang
mereka.
Apakah jaminan dari pihak KWSP atau
kerajaan hendak menyara kehidupan harian mereka setelah mereka bersara
seawal umur 55 tahun sekiranya mereka tidak mempunyai pekerjaan dan
tidak dibenarkan mengeluarkan wang simpanan mereka sehingga berumur 60
tahun?
Pihak KWSP perlu ingat bukan semua
syarikat swasta akan menyambung semula perkhidmatan pekerjanya sehingga
berumur 60 tahun kecuali mereka yang mempunyai kepakaran dalam sesuatu
bidang.
Pihak KWSP juga perlu memikir mereka
yang bersara awal sebelum 55 tahun juga perlukan wang setelah mereka
tidak bekerja. Pihak KWSP sudah tentu tidak akan dapat memberi jaminan
yang pesara berumur 60 tahun dapat menikmati hasil simpanan mereka
sekiranya mereka meninggal dunia lebih awal sebelum berumur 60 tahun.
Umur 50 dan 55 tahun memang sudah
dianggap sesuai untuk bersara dan mengeluarkan simpanan mereka sekiranya
mereka amat memerlukannya. Seperti kegunaan membayar yuran persekolahan
anak-anak mereka ke pengajian tinggi, untuk perubatan dan sebagainya.
Berilah peluang kepada golongan muda
yang masih ramai menganggur bekerja kerana sekiranya terlalu ramai
golongan yang berumur masih bekerja sampai umur 60 tahun maka peluang
untuk genarasi muda untuk mendapat pekerjaan semakin sukar.
Memandangkan kos kehidupan yang semakin
meningkat dengan adanya GST serta kenaikan harga minyak yang tidak
menentu, nasib para pesara yang belum sampai umur 60 tahun akan
bertambah sukar sekiranya mereka tidak bekerja serta tidak dapat
mengeluarkan wang simpanan mereka dalam KWSP. Mereka perlu memikirkan
masa depan anak-anak mereka yang masih bersekolah, kesihatan mereka juga
perlu diberi perhatian.
Adakah pihak kerajaan hanya tahu
menyuruh mereka berbelanja secara berhemat sedangkan wang simpanan
mereka hanya cukup-cukup makan dan untuk bayar bil, belanja harian serta
membeli lain-lain barang keperluan yang semakin meningkat.
Saya berasakan itu sebabnya tidak hairan, ramai yang menggesa pihak KWSP dan kerajaan
mengkaji semula cadangan tersebut kerana kalau ianya dilaksanakan dalam
masa terdekat sudah pasti ramai yang akan mengeluarkan wang simpanan
mereka sebelum berumur 60 tahun.
Persoalannya mengapa tiba-tiba saja
pihak KWSP hendak menyekat hak pengeluaran para penyimpan dalam KWSP
yang sepatutnya mereka yang berhak untuk menyimpan atau hendak
mengeluarkan wang KWSP pada bila-bila masa tanpa perlu menunggu sampai
umur 60 tahun.
Adakah KWSP sudah kekurangan wang untuk
membayar balik wang simpanan pekerja atau untuk kegunaan sesuatu atau
ada lain-lain agenda yang rakyat dan pekerja perlu tahu?
Kita ingin memberi cadangan kepada pihak
KWSP untuk memberi skim pelaburan khas kepada pesara agar wang caruman
mereka akan terus meningkat dan hasilnya akan terus mereka nikmati
selepas mereka bersara awal.
Dengan pendapatan hasil pelaburan
tersebut mereka boleh gunakan sepenuhnya atau separuh daripada
keuntungan pelaburan mereka sehingga mereka mencapai umur yang
ditetapkan oleh pihak KWSP tanpa menganggu caruman mereka. Pencarum juga
boleh diberi pilihan sama ada mengeluarkan sepenuhnya atau sebahagian
dari caruman mereka setelah mencapai umur 55 tahun.
Saya sendiri ingin menyatakan persetujuan hasrat semua pihak yang ingin menggesa pihak kerajaan
meneliti benar-benar dan sedalam-dalamnya akan cadangan pihak KWSP ini agar ianya tidak akan
membebankan para pesara awal dari umur 60 tahun seperti yang
dicadangkan. Kerjasama dengan pihak kerajaan dan KWSP untuk mengkaji
semula serta meniliti cadangan ini dengan sewajarnya amat dihargai.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment