Monday, April 20, 2015
Tiada Lagi Kepercayaan Jadikan Pembangkang Bagai Enau Melepaskan Pucuk Masing-masing
20 April 2015, Kuala Lumpur : Tindakan yang seolah-olah tidak lagi
mempercayai rakan sekutu. Itulah yang berlaku apabila hanya Dap sahaja
menemui pelajar-pelajar di Timur Tengah tanpa wakil daripada rakan-rakan
sekutu, jelas Ketua Penerangan Pemuda UMNO Negeri Selangor, Muhamad
Nazri Mohd Amin.
Menurut Nazri lagi, jika sebelum ini, tugasan pertemuan dengan
pelajar-pelajar di Asia Barat sering dipelopori oleh parti Pas, tetapi
sekarang sudah kelihatan ‘bunga-bunga’ Dap tidak lagi mengharap kepada
Pas dalam menyebarkan fahaman politik pakatan pembangkang.
“Jelas menunjukkan Dap tidak lagi yakin kepada Pas untuk mendapatkan
keyakinan orang Melayu atau dalam erti kata lain, undi orang Melayu.
“Ini mungkin juga ekoran hubungan dingin mereka dengan Pas terutama
selepas pemimpin Dap mengkritik dan memutuskan hubungan dengan Haji
Hadi.
“Nampak jelas di sini, mereka tidak mahu lagi peranan Pas wujud di
dalam pakatan pembangkang, mereka ibaratkan Pas hanya melukut di tepi
gantang,” jelasnya lagi kepada UMNO-Online.
Baru-baru ini dilaporkan beberapa pemimpin Dap telah menemui pelajar-pelajar Malaysia di Mesir dan Jordan.
Menurutnya lagi, inilah wajah sebenar pakatan pembangkang, yang hanya
berpakat atas nama sahaja, tetapi dalam masa yang sama, menyebarkan
idealogi masing-masing ibarat enau dalam belukar, melepaskan pucuk
masing-masing.
Pakatan pembangkang kini telah di ambang retak menanti belah yang
bukan sahaja telah kelihatan di dalam negara, tiada lagi kerjasama,
bahkan hingga terbawa kepada urusan di luar negara, katanya lagi.
Tambah Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang itu lagi, hal tersebut
juga menunjukkan tindakan terdesak mereka dalam mempengaruhi pelajar
dengan menggunakan ‘saluran-saluran’ tertentu bagi merekrut dan membina
ikon dari kalangan pelajar di Timur Tengah pula.
“Alasan mempelajari dengan lebih mendalam budaya dan politik Asia
Barat hanyalah wayang semata, tetapi hakikatnya, kononnya untuk
menunjukkan idealogi parti mereka juga mendapat penerimaan yang baik
daripada pelajar-pelajar Malaysia di Timur Tengah,” ujarnya.
Dipetik daripada sumber : Media UMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment