Tuesday, April 21, 2015

500 Buah Rumah Generasi Kedua di Felda Selancar – Isa Samad

http://www.mykmu.net/wp-content/uploads/2015/04/selancar-5.jpg
21 April 2015, Rompin : Pengerusi FELDA, Tan Sri Hj Mohd Isa Dato’ Hj Abdul Samad telah menyempurnakan Majlis Perasmian Pecah Tanah Tapak Masjid di FELDA Selancar 1, Isnin.

Perasmian ini berlangsung selepas selesai Majlis Perasmian Pecah Tanah Dewan Semai Bakti FELDA Keratong 9, hari yang sama.

Dalam ucapan perasmiannya, Isa turut menyentuh berkenaan permohonan dari Ketua Peneroka FELDA Selancar berkenaan tanah lot untuk pembinaan rumah Generasi Kedua sebanyak 500 buah rumah.

Menurut Isa, permohonan berkenaan sedang dalam proses perbincangan dan akan dilaksanakan.

Beliau turut menyatakan bahawa pemilikan rumah berkenaan akan menggunakan konsep sewa beli.

Selain itu, Isa juga menyentuh berkaitan infrastruktur di tanah rancangan tersebut yang akan ditambahbaik.

Isa juga turut menyeru agar warga peneroka FELDA dan generasi baharu FELDA untuk bersama-sama menyokong kepimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, Dato’ Sri Hj Mohd Najib Tun Hj Abdul Razak.

Turut hadir sama dalam Majlis Perasmian Pecah Tanah Tapak Masjid FELDA Selancar 1 adalah Zaid Sidek, Ketua Peneroka Wilayah Kuantan dan Anuar Malek, Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti FELDA.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment