Tuesday, April 21, 2015

Ceramah PAS Hambar Di Rompin

22 April 2015, Rompin : Parti PAS memulakan kempen pilihanraya P091 Parlimen Rompin dengan begitu hambar. Ceramah yang di adakan di perkarangan parkir di Bandar Kuala Rompin dan kehadiran Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam jelas tidak mampu menarik kehadiran para penyokong PAS di kawasan ini. Kehadiran kira-kira 60 orang pada ceramah berkenaan jelas menujukkan kegagalan PAS menarik perhatian pengundi di sini.

Menerusi risik-risik yang di lakukan, ceramah berkenaan tiada permit dari pihak berkuasa. Seperti biasa pada setiap ceramah PAS pasti gerai-gerai di bina di kawasan berkenaan. Semua ini tidak membantu menarik perhatian masyarakat setempat dan lebih malang lagi, hujan mula turun di Bandar Kuala Rompin kira-kira 20 minit ceramah ini di adakan.

Seperti biasa antara intipati ceramah berkisar kepada “kelemahan” kerajaan, kerajaan boros, isu hudud, GST, kadar hutang Negara yang menurut Khalid kononnya mencecah 600 Billion Ringgit-satu jumlah amaun yang boleh di anggap Malaysia telah muflis sama sekali. 

Beliau sekali lagi membangkitkan isu pembelian jet Yang Di Pertuan Agung dan ulasan ii di sambut dengan gelengan kepala penyokong PAS di sini. Menerusi satu perbualan, rata-rata penyokong PAS mahu PAS menewaskan Barisan Nasional tetapi mahu PAS membawa isu kemasyarakatan dan janji akan kemajuan lebih elok di Rompin. Menurut beliau bicara retorik sebegini jelas tidak membawa keuntungan kepada Rompin dan para penyokong PAS.
IMG_20150421_220629[1]
IMG_20150421_220608[1]

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment