Wednesday, April 22, 2015
PKR Berdepan Dilema Pilih Calon Permatang Pauh?
23 April 2015, Permatang Pauh : Ketika hari penamaan calon bagi Pilihan Raya
Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh hanya tinggal tiga hari sahaja lagi,
Parti Keadilan Rakyat (PKR) difahamkan masih berdepan dilema memilih
calon.
Perkara itu seperti dimaklumkan seorang pemimpin parti tersebut yang
enggan namanya disiarkan memandangkan PKR mungkin berdepan risiko menang
dengan majoriti lebih kecil atau parah lagi, akan kalah sekiranya
meletakkan Presiden, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon.
Menurut beliau, keputusan itu dirumuskan menerusi reaksi yang
diterima dalam siri pertemuan jentera PKR dengan ahli-ahli dan pengundi
di Parlimen tersebut.
‘‘Apa yang mengejutkan, Wan Azizah dilihat sebagai calon yang kurang
digemari kerana beliau pernah melepaskan jawatannya selaku Ahli Parlimen
di sini pada 2008 dan tindakan itu masih berbekas di hati penyokong
parti,’’ katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Perkara itu seolah-olah menjelaskan mengapa PKR sehingga kini masih
belum memberi sebarang petanda berhubung calon mereka walaupun Wan
Azizah dilihat hampir pasti dipilih sebagai calon.
Malah, PKR juga dikatakan akan membuat pengumuman calon mereka pada
Jumaat iaitu sehari selepas calon Barisan Nasional (BN) diumumkan.
Dipetik daripada sumber : Utusan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment