Sebetulnya, jauh di sudut hati, saya benar-benar berharap telahan itu salah kerana agak malang bagi seorang yang sentiasa dibelasah oleh pembangkang kerana isteri tidak bertudung dan kemewahan anak-anaknya ketika berkuasa dulu, menggunakan pendekatan yang sama hari ini untuk menyerang kepimpinan semasa hanya kerana Datuk Seri Najib enggan menjadi pemimpin bonekanya.
Monday, April 20, 2015
Tidak Mustahil Sirul Akan Dibayar Untuk Menuding Jari Pada Najib
20 April 2015, Kuala Lumpur : Lebih kurang dua minggu lepas, portal ini telah meramalkan bahawa Tun Mahathir Mohamad (90 tahun)
akan menggunakan pendekatan menyerang isteri Perdana Menteri, Datin
Seri Rosmah Mansur dalam usahanya menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak
dan hari ini ternyata ramalan itu benar.
Artikel berkenaan turut mendapat
perhatian portal pro pembangkang Malaysiakini, yang bersusah payah
menterjermahkannya ke bahasa Inggeris secara percuma. Konon nak melaga,
ternyata ramalan itu benar belaka – dah macam lagu pun ada.
Sebetulnya, jauh di sudut hati, saya benar-benar berharap telahan itu salah kerana agak malang bagi seorang yang sentiasa dibelasah oleh pembangkang kerana isteri tidak bertudung dan kemewahan anak-anaknya ketika berkuasa dulu, menggunakan pendekatan yang sama hari ini untuk menyerang kepimpinan semasa hanya kerana Datuk Seri Najib enggan menjadi pemimpin bonekanya.
Tapi lupakanlah, kerana ramalan itu telah berlalu dan akhirnya telah berlaku. Persoalannya sekarang, apa selepas ini?
Melihat kecenderungan Tun Mahathir cuba
masuk campur dalam kes pembunuhan model Mongolia, Altantunya Shariibu
sebelum ini, termasuk berjumpa keluarga salah seorang pembunuh wanita
tersebut Sirul Azhar Omar, tidak mustahil selepas ini Sirul akan dibayar untuk mengaku penglibatan Datuk Seri Najib dalam pembunuhan tersebut.
Kepada Sirul, baginya sudah tidak ada
rugi apa-apa sebab hukuman mati telah pun dijatuhkan. Kalau kerajaan
Australia menerima permohonannya untuk kekal di negara itu, lagilah
ramalan ini akan menjadi kenyataan kerana hidup di Australia memerlukan
wang.
Betul atau salah dan segala persoalan
lain dari pengakuan itu nanti tidak penting kerana yang penting ialah
menimbulkan persepsi dan menyokong dakwaan palsu Tun Mahathir bahawa
Datuk Seri Najib pemimpin banyak skandal dan maka itu beliau perlu
diganti.
Lagipun di Malaysia ini, persepsi
sentiasa mendahului fakta dan Tun Mahathir yang menggunakan pelbagai
cara untuk kekal berkuasa sepanjang 22 tahun sebagai Perdana Menteri
(antara lain sengaja memilih seorang peliwat sebagai Timbalannya), tahu
tentang itu.
Maaf cakap, dengan kegilaan orang
menulis di media sosial tanpa sempadan moral sekarang, penulis tak rasa
ada siapa percaya fitnah adalah lebih jahat dari membunuh lagi.
Orang di
hujung usia pun tak segan silu buat (dalam bentuk bertanya soalan)
apatah lagi yang tak terasa nak mati esok atau lusa seperti majoriti
pengikutnya, lagilah hebat.
Sama ada telahan ini akan selagi menjadi
kenyataan atau tidak, hanya masa yang akan menentukan. Tapi
percayalah, tidak ada apa yang mustahil bila bercakap tentang orang pada
usia Tun Mahathir sekarang, penulis pernah tengok lebih teruk dari itu
pun.
Disediakan oleh : Adamyan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment