Wednesday, April 22, 2015

Siapa Yang Ambil Tahu Mahupun Memperdulikan PAS Permatang Pauh?

EDITOR MENULIS

22 APRIL 2015

Apa yang jelas kelihatan ketika ini ialah Pas Kawasan Permatang Pauh bersendirian dalam mempertahankan hak mereka menuntut maaf da­ripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Meskipun memiliki kekuatan yang bakal memastikan pembangkang mengekalkan kerusi itu dalam PRK kerusi berkenaan pada 7 Mei ini, namun perkara tersebut tidak memberi sebarang makna kepada Pas kawasan berkenaan.
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhxUuYG-hr7AUNxxI5MCbykbUn3iyoQZskaRgt5Qdo9ujtmI_RxpQxqTLtVXrKQswUMno4dbEQVw1ETI8-q38gH1iH7xcwvNUZ_JVqsYhuk280JHhBDx8HSwrdunr6dEJzaRseOL-uovJ79/s400/pas-vs-pkr.png
Sehingga kini, tiada tanda-tanda PKR mahu memohon maaf atau menarik balik kenyataan mereka yang tidak menyokong pelaksanaan hukum hudud yang diperjuang Pas.

PKR juga tidak menampakkan hasrat mahu memohon maaf kerana mengkritik kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dimahukan Pas kawasan berkenaan.

Kita memahami pendirian PKR itu yang sudah semestinya tidak akan tunduk kepada Pas meskipun dalam keadaan cukup genting menjelang PRK kerusi berkenaan.

Selama ini pun dalam pembangkang, suara Pas sangat jarang diendahkan PKR atau DAP kerana kewujudan Pas lebih kepada untuk menarik undi orang Melayu.

Tetapi apa yang cukup mengecewakan adalah tindak-tanduk pemimpin Pas Pusat sendiri yang seolah-olah tidak merestui pendirian yang dibuat Pas Kawasan Permatang Pauh.

Setakat ini tidak ada mana-mana pemimpin kanan Pas yang tampil menyokong dan berdiri di belakang ahli-ahli mereka di Permatang Pauh.

Kesemuanya mengambil jalan selamat kononnya pemimpin pembangkang di peringkat Pusat sudah membuat ketetapan untuk bekerjasama dalam memastikan kemenangan mereka di Permatang Pauh.

Pemimpin Pas negeri juga ramai yang memilih untuk membisu meskipun ahli-ahli mereka di beberapa kawasan lain di negeri ini menyatakan sokongan terhadap Pas Permatang Pauh.

Suara bantahan yang dibangkitkan Pas Permatang Pauh itu adalah apa yang dirasakan ahli-ahli di pe­ringkat akar umbi.

Ketegasan itu lahir daripada rasa kecewa dan terkilan mereka dengan sikap rakan sekutu dalam pembangkang yang tergamak mengkritik pemimpin mereka.

Sudah semestinya, ahli-ahli Pas Permatang Pauh mengharapkan pemimpin-pemimpin Pas Pusat bersama-sama mereka dalam mengembalikan maruah parti apatah lagi dalam keadaan pembangkang terutama PKR terdesak memerlukan bantuan ketika ini.

Tetapi nampaknya itu tidak berlaku dan Pas Kawasan Permatang Pauh ketika ini terkontang-kanting dalam mempertahankan pendirian mereka.

Dalam keadaan itu, ahli-ahli Pas kawasan tersebut wajar berasa kecewa namun tidak bermakna mereka perlu tunduk sehingga mengorbankan prisip yang dipertahankan selama ini.

Apa yang boleh dilakukan adalah dengan memberi pengajaran kepada PKR bahawa kerusi Permatang Pauh itu tidak lagi menjadi kubu kuat mereka tanpa sokongan kira-kira 15,000 ahli Pas kawasan ber­kenaan.

Perkara itu juga jika berjaya dilakukan ahli-ahli Pas kawasan tersebut bakal memberi isyarat jelas kepada pemimpin Pas Pusat supaya tidak sesekali mengabaikan suara akar umbi.

Disediakan oleh :

Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment