Wednesday, April 22, 2015

Hudud: PAS Makin Pening, Halal Haram Ikut Suka….


EDITOR MENULIS

22 APRIL 2015

Saya sentiasa percaya pilihanraya kecil adalah medan untuk parti pembangkang macam PAS menunjukkan kebodohannya.  Tak macam piliihanraya umum, pilihanraya kecil ini jadi pusat tumpuan dengan satu negara memandang ke situ (kawasan dimana pilihanraya diadakan).
hudud_PP
Dalam dua kempen pilihanraya kecil sekarang (satu dah bermula, satu tak lama lagi), hudud menjadi bahan lagi.  Hudud pulak, bukan benda baru, undang-undang itu sudah wujud sejak lebih seribu lima ratus (1500) tahun dulu. Cakap pasal hudud dan PAS , lebih 30 tahun dulu PAS dah berjuang untuk laksanakan undang-undang tersebut.

Laksana saja yang belum.

Tapi dalam tempoh kurang satu tahun ini, pandangan PAS tentang hudud berbeza-beza.  

Masa pilihanraya kecil Teluk Intan tahun lepas, sokongan sepenuh hati diberikan kepada calon DAP ketika itu meskipun dia terang-terang mengaku akan tolak hudud kalau menang dan hukuman itu dibentang di Parlimen.

Penulis masih ingat, macam-macam helah PAS guna untuk justifikasikan sokongan kepada DAP pada waktu itu, paling tidak main persepsi DAP ini parti orang kafir, sekalipun calon DAP ialah seorang wanita Melayu beragama Islam.

Hari ini di Permatang Pauh, PAS mengharamkan pulak undi orang Islam yang diberikan kepada calon yang menolak hudud (dia nak kata PKRlah tu), takkan UMNO sebab UMNO nampak berat untuk sokong hudud sekarang.

Nampak berat, penulis tak kata sudah pasti akan sokong –  kurang-kurang tak tolak secara total macam PKR.

Senang betulkan?  Haram halal ni ikut sesuai dia saja.  Kalau kawan, halal, kalau tak kawan, haram.  Macam Allah swt tu kawan-kawan dia saja dibuatnya.

Bagaimanapun, tulisan ini bukan untuk orang PAS, mereka dah rosak otak, buat macam mana pun tak boleh perbetulkan lagi.  Tulisan ini adalah untuk orang lain yang masih mencari-cari sebab untuk sokong UMNO/BN dan tidak sokong PAS.

Satu lagi perkara yang penting, inilah bukti bahawa PAS sebuah parti politik, tidak ada kaitan dengan Islam sama sekali.  Kalau Islam, tak boleh tukar-tukar pendirian ikut keadaan, kejap halal, kejap haram.

Tepuk dada tanya minda anda.... terserahlah .....

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s200/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment