Beliau berkata kelewatan itu disebabkan Parlimen Rompin merangkumi kawasan yang sangat luas, meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman, menyebabkan masa yang panjang diperlukan untuk proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.
Wednesday, April 22, 2015
PRK Rompin: Keputusan Diketahui Seawal 11 Malam, 5 Mei
22 April 2015, Rompin : Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Rompin
pada 5 Mei ini, dijangka diketahui seawal jam 11 malam yang sama, kata
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Beliau berkata kelewatan itu disebabkan Parlimen Rompin merangkumi kawasan yang sangat luas, meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman, menyebabkan masa yang panjang diperlukan untuk proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.
Beliau berkata kelewatan itu disebabkan Parlimen Rompin merangkumi kawasan yang sangat luas, meliputi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri iaitu Bukit Ibam, Muadzam Shah dan Tioman, menyebabkan masa yang panjang diperlukan untuk proses penjumlahan undi di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.
Beliau mengambil contoh Felda Selancar yang terletak kira-kira tiga
jam perjalanan dari bandar Rompin, dan jika proses mengira undi di situ
tamat pada jam 7 malam, jumlah undi hanya tiba di pusat penjumlahan pada
jam 10 malam.
“Apabila tiba di pusat penjumlahan, kita juga masih perlu mengambil
sedikit masa untuk proses lain seperti mengumpul dan memasukkan data ke
dalam computer sebelum membuat pengumuman,” katanya kepada pemberita
selepas tamat proses penamaan calon bagi PRK Parlimen Rompin di Dewan
Jubli Perak Sultan Ahmad Shah di sini, hari ini.
Mengulas tentang jangkaan peratusan keluar mengundi bagi PRK ini,
Abdul Aziz berkata SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi kali ini
menurun kepada 80 peratus daripada 86 peratus pada Pilihan Raya Umum
ke-13 pada Mei, 2013.
Abdul Aziz bagaimanapun menolak tanggapan bahawa pengurangan
peratusan itu disebabkan hari pengundian diadakan pada hari bekerja
kerana rekod SPR jelas menunjukkan bahawa faktor hari bekerja atau hari
cuti tidak mempunyai kaitan dengan jumlah peratusan keluar mengundi.
“Tidak ada kaitan langsung. Kita pilih hari yang SPR fikirkan paling
sesuai. Kita pernah pilih hari cuti, namun peratusan keluar mengundi
tetap rendah seperti yang berlaku di PRK Parlimen Teluk Intan, Perak,
dan DUN Chempaka, Kelantan ” katanya.
Abdul Aziz berkata bagi PRK Rompin, SPR menubuhkan enam pasukan
penguatkuasa kempen pilihan raya bagi tujuan pemantauan, dengan setiap
DUN ditempatkan dua pasukan.
“Pasukan ini akan membuat rondaan, dan jika ada kempen yang
dijalankan melanggar peraturan, tindakan akan diambil. Pasukan ini
terdiri daripada wakil polis, Pihak Berkuasa Tempatan dan wakil parti
politik yang bertanding.
“SPR juga ada melantik pemerhati pilihan raya yang terdiri daripada
Sembilan individu daripada Majlis Belia Malaysia, Universiti Kebangsaan
Malaysia dan Persatuan Veteran Tentera,” katanya.
Abdul Aziz turut menasihatkan pengundi supaya menyemak tempat
pengundian mereka terlebih dahulu bagi memastikan mereka tidak tersilap
pusat pengundian berikutan kedudukannya yang sangat jauh antara satu
sama lain.
Beliau berkata sebarang kesilapan yang berlaku akan menjejaskan masa pengundi berdaftar untuk pergi ke pusat pengundian sebenar.
Sehubungan itu, beliau berkata pengundi boleh menghubungi SPR
menerusi Khidmat Pesanan Ringkas atau melayari lawan web rasmi SPR
www.spr.gov.my bagi memastikan tidak tersilap.
Abdul Aziz berharap parti yang bertanding pada PRK itu dapat menjaga
batasan bagi memastikan suasana tenang yang berlangsung pada hari
penamaan calon berkekalan hingga tamat hari pengundian.
Di samping itu, beliau mengingatkan semua parti yang bertanding
supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan SPR dan polis, termasuk
mendapatkan permit untuk ceramah dan tidak berkempen melebihi pukul 12
tengah malam, 4 Mei ini.
PRK Rompin diadakan ekoran kematian penyandangnya Tan Sri Dr
Jamaluddin Jarjis daripada Barisan Nasional (BN) yang terkorban dalam
nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada 4 April lalu.
Pada pilihan raya umum lalu, Jamaluddin mengekalkan kerusi yang
disandangnya hampir enam penggal itu setelah mengalahkan bekas Ketua
Dewan Muslimat Pas Nuridah Mohd Salleh dengan majoriti 15,114 undi.
PRK pada 5 Mei ini menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara BN
yang diwakili Datuk Hasan Arifin manakala Pas menurunkan Ketua Dewan
Pemuda Pas Pahang Nazri Ahmad.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment