Wednesday, April 22, 2015

Pemuda UMNO Kuala Terengganu Desak Kerajaan Lucut Kerakyatan Alvin Tan

22 April 2015, Kuala Terengganu : Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Terengganu hari ini mendesak Kementerian Dalam Negeri (KDN) agar mengambil tindakan tegas terhadap Alvin Tan dengan melucutkan kerakyatan beliau ekoran tindakan biadap dan kurang ajar beliau mempersenda kesucian laungan azan.

Ketuanya, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata, tindakan tegas seperti melucutkan kerakyatan ini perlu diambil memandangkan Alvin sudah berkali-kali menghina Islam dan kedaulatan negara.

“Tindakan biadap dan kurang ajar beliau ini menimbulkan kemarahan penganut agama islan dan boleh menyebabkan sensitiviti mengenai kesucian sesebuah agama dipermainkan begitu sahaja.

“Ini bukanlah kali pertama tindakan biadap dan provokasi sebegini diperlakukan oleh beliau. Beliau harus sedar tindakan sebegini boleh menimbulkan berlakunya perbalahan mengenai agama dan bangsa,” jelas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
20150409_132945
Tambah Najmil, Alvin seharusnya menghormati masyarakat malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama dan tidak menjadi batu api untuk menghancurkan perpaduan dan sikap hormat-menghormati terhadap satu sama lain.

“Justeru itu, pihak Pergerakan Pemuda UMNO Kuala Terengganu mendesak kerajaan supaya mengambil tindakan keras bagi mengelak perkara sebegini tidak berulang dan supaya menjadi pengajaran kepada pihak lain.

“Tindakan tegas ini perlu sebagai satu pengajaran kepada mana-mana rakyat di negara ini agar tidak melanggar batasan-batasan tertentu supaya keharmonian dan perpaduan antara agama dan kaum terus terpelihara.

“Lagipun, Alvin juga memperlihatkan sikapnya yang amat kurang ajar dengan memperlekehkan negara sendiri. Perbuatan beliau itu sudah cukup untuk menggambarkan sudah tidak ada rasa setia terhadap negara. Jadi untuk apa beliau terus diiktiraf sebagai warganegara kita?,” tegasnya. 

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment