Monday, April 27, 2015

1MDB: Keterangan McKillen Tidak Boleh Dijadikan Bukti

1a
27 April 2015, Kuala Lumpur : Dakwaan Tun Mahathir Mohammad bahawa penglibatan Jho Low dengan 1MDB ‘dibuktikan’ dengan keterangan dalam satu kes Mahkamah membabitkan ahli perniagaan tersebut di London, adalah TIDAK BENAR

Ini setelah kami meneliti salinan dokumen mahkamah yang disiarkan dalam blog milik penyembahnya mendapati bahawa kenyataan itu dikeluarkan oleh seorang individu bernama McKillen, BELUM disahkan benar oleh Mahkamah atau tidak.
1
Samalah keadaannya bila nama Tun Mahathir disebut beratus kali dalam Suruhanjaya Diraja mengenai pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah, datang satu orang quote kenyataan dimana nama Tun Mahathir disebut untuk membuktikan bahawa beliau memang memberi kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah, adakah rakyat Malaysia perlu menerima itu sebagai bukti hanya kerana nama Tun Mahathir disebut di dalamnya?

Sudah tentu tidak, kerana diakhirnya Suruhanjaya Diraja membuat keputusan bahawa Tun Mahathir tidak terlibat – samalah macam kes yang ini pun.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh McKillen, siapa pun boleh sebut tapi apa penemuan Mahkamah diakhirnya, itu yang lebih layak kalau nak dijadikan bukti untuk mengatakan Jho Low memang pernah bekerja dengan 1MDB serta membuat keputusan perniagaan untuk syarikat tersebut.

Itu tak sebut lagi bagaimana nama 1MDB langsung tak disebut dalam dokumen tersebut, hanyalah 1 Malaysia Berhad sahaja tapi kata orang demi faedah keraguan (benefit of doubt), kita andai sajalah betul begitu.

(Teringat satu kes Mahkamah di Kelantan dibuang begitu sahaja kerana defendan silap menyatakan nama sebuah hospital di dalam writ samannya).

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment