Monday, April 20, 2015

PM Failkan Saman Untuk Hentikan Tuduhan Liar Dan Fitnah Jahat Pembangkang

17 April 2015, Kuala Lumpur : Peguam yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata, setakat ini pihaknya telah memfailkan empat saman terhadap kepimpinan dan portal media pakatan pembangkang berhubung beberapa kenyataan pemimpin pembangkang berkenaan beberapa isu termasuk isu 1MDB.

Menurut beliau, ini jelas memperlihatkan kenyataan pembangkang berhubung dalam beberapa isu yang dibangkitkan termasuk kenyataan yang cuba mengaitkan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah berdasarkan fakta yang tidak benar dan berunsurkan fitnah.
hafarizam-peguam-umno-pm-najib-rosmah-saman-rafizi-chee-kong-media-rakyat
“Setakat ini, telah ada empat kes  saman yang telah difailkan oleh Datuk Seri Najib berhubung beberapa isu.  Justeru itu dalam hal ini, saya berharap ianya akan menjadi satu mesej yang jelas dan nyata kepada pihak pembangkang supaya lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan politik, kerana perlu ada beza dengan kritikan membina terhadap polisi kerajaan dengan tuduhan liar dan fitnah jahat,” katanya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jelasnya, kes saman yang pertama oleh Datuk Seri Najib adalah terhadap Malaysiakini yang  menuduh beliau dan UMNO membayar berjuta-juta bagi mengekalkan kuasa di Terengganu sewaktu berlakunya peralihan kuasa Menteri Besar di negeri tersebut.

“Manakala kes saman yang kedua, ialah kenyataan Tony Pua yang menuduh Datuk Seri Najib terlibat dalam skandal 1MDB dan merompak wang rakyat. Dan yang ketiga pula ialah saman beliau terhadap Harakah Daily yang menyiarkan artikel yang menuduh wang 1MDB itu telah digunakan oleh beliau untuk membeli hartanah buat anak tirinya.

“Bagi kes saman yang terbaru ini, Datuk Seri Najib dan isteri telah memfailkan satu saman malu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap Rafizi dan juga Chan Chee Kong, pemilik portal berita Media Rakyat yang menuduh beliau menggunakan duit hasil pengurangan subsidi minyak itu untuk duit poket isterinya dan juga membeli cincin Datin Paduka Rosmah dengan harga RM20 juta,” ujarnya.

Writ saman dan penyataan tuntutan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor berhubung isu subsidi mintak telah pun dihantar oleh  Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak kepada Mohd Rafizi dan Chan hari ini melalui peguam bela mereka kira-kira jam tiga petang tadi.

Antara tuntutan yang dibuat ialah ganti rugi selain satu arahan injuksi untuk menahan Rafizi dan Chee Kong menerbitkan lebih lanjut perkatan-perkataan berunsur slander dan libel di samping menerbitkan permintaan maaf secara bertulis untuk diterbitkan di surat khabar dan majalah. 

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment