Tuesday, April 28, 2015

Gambar Najib Pun Jadi Isu? “Desperate” Sangatkah?

wan jijah kempen 

EDITOR MENULIS

29 APRIL 2015

Mungkin terlalu “desperate” mahu mempertahan kubu kuat PKR dan ketandusan idea untuk menyerang Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat dalam kenyataan terbarunya menimbulkan isu “baru” mempersoal kelibat gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang kononnya tidak kelihatan di Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin semalam mempertikai dan cuba mencetus isu “hangat” yang kononnnya bakal menyebabkan BN terkedu tidak tahu menjawab isu berkenaan.

Saya tertanya-tanya, tidak ada modal atau isu lain yang lebih mencabarkah yang mampu diutarakan PKR di Permatang Pauh ini? Isu gambar Najib yang cuba dipersoal? Tidak ada isu sangat, kah? Remeh sungguh!

Pada pandangan saya, sewajarnya isu “hingusan” seperti ini tidak perlu dipedulikan. “Buang karan” kata orang Pulau Pinang. Bila diletakkan gambar Najib, mereka komplen.

Sebenarnya, memang ada gambar Najib di Permatang Pauh. Cuma tidaklah banyak dan besar saiznya berbanding gambar calon BN, Suhaimi Sabudin. Bila kurang diletak gambar Najib, ada pula yan mencetus tohmahan jahat. Dasar politik persepsi kotor…

Sekiranya mahu dibicarakan soal gambar di Permatang Pauh ini, sepatutnya kita perlu persoalkan tentang gambar penjenayah yang digantung di segenap ceruk kawasan di pilihanraya ini.

Sudahlah dia tidak layak mengundi, apatah lagi bertanding pilihanraya, diletakkan pula gambar penjenayah itu seolah dia pula yang bertanding. Kita tahulah isterinya yang bertanding, apa perlunya letak gambar penjenayah itu besar-besar begitu? Gila “glamour”?

Tidak malukah PKR meletak gambar penjenayah itu di Permatang Pauh? Mereka mahu mendidik rakyat Permatang Pauh supaya menjadikan penjenayah sebagai ikon? Sejak bila penjenayah dijadikan “role model” di Malaysia? “Only in PKR”?

Lebih menarik lagi, mereka meletakkan gambar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di poster gergasi mereka di lokasi strategik di sini. Sedangkan Abdul Hadi seolah “tak hingin” langsung menjejak kaki ke Permatang Pauh, apatah lagi berkempen untuk Anwar.
poster prk pp
Lagipun, bukankah DAP sudah “ceraikan” Presiden PAS itu? AMK Pulau Pinang pun tumpang sekali hina dan cerca Presiden PAS itu, sekaligus seolah meletakkan maruah Abdul Hadi di bawah tapak kaki budak-budak hingusan PKR. Apa perlunya diletak gambar Abdul Hadi di poster berkenaan?

Dalam pengamatan saya, rata-rata pengundi di Permatang Pauh sudah “bosan” dengan muka Anwar dan keluarganya. Sudah berpuluh tahun berwakil rakyatkan mereka, namun “habuk pun takdak”. “Muka ni lagi? Tak dak muka lain ka?” itu saja yang terpacul keluar dari mulut mereka bila dapat tahu tentang pencalonan semula Wan Azizah.

Apapun, kita nantikan 7 Mei ini. Kempen tengah hangat di Permatang Pauh. Pakatan Haram tengah panik. Dikatakan hanya puak pro-“PasMa” saja yang turun berkempen, jentera PAS masih lagi main “wayang tarik tali”.

Kata seorang rakan AMK saya, kalau macam ini punya cara, boleh “tapaww” Wan Azizah..! Wallahua’alam.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQCi4eJXqbG0F7gmml5NYHPPMVLFFxX1dREvanemGrClOUCdmpo6aR-EiXjWlwW6RwQGGQq_hPHHRqvqlIkL_Z9YFe3sYr51SxhyHyYpOsydJ04uEClgfcbXshoC2HsppOQ2YDVyxJxfyd/s1600/penceramah2.png
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment