Tuesday, April 28, 2015

#PRKPermatangPauh: “Permainan” Pakcik PAS Di Kedai Kopi…

coffee-143794
EDITOR MENULIS.....
29 APRIL 2015

Sebagaimana maklum, minggu lepas... iaitu pada hari pertama kempen Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh di mana menyaksikan pertandingan empat penjuru antara calon PKR yang dicabar oleh calon Barisan Nasional (BN), calon Parti Rakyat Malaysia dan seorang calon Bebas.

Saya yakin, ramai yang berpandangan bahawa BN agak mustahil untuk menawan kubu kuat PKR yang dikuasai Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarganya sejak sekian lama. Kononnya itu tempat “berhantu” Anwar dan BN tidak akan berjaya menawannya.

Sebetulnya sejak dari semalam, penulis berkesempatan untuk ke Permatang Pauh. Agak teruja bila kampung halaman Anwar digempur jentera BN. Pada saya, menang kalah belakang cerita, gempur tetap gempur habis-habisan.
calon
Saya sempat ke majlis pengumuman calon PKR juga dan seperti yang dijangka, Wan Azizah sekali lagi diangkat menjadi calon. Saya yakin pemilihan itu adalah menurut perintah “wahyu” dari penjara.

Maklumat yang saya peroleh semalam memberitahu bahawa majlis itu hanya dihadiri oleh penyokong PAS dari saluran 1. Maksudnya, penyokong PAS veteran. Boleh dikatakan hampir tiada langsung gerombolan dari Pemuda PAS.

Lebih mengejutkan, sejurus selepas Wan Azizah diumum sebagai calon, hampir semua penyokong PAS tidak kira veteran atau tidak, semuanya keluar dewan angkat kaki pulang. 

Dari riak wajah mereka, saya diberitahu mereka kecewa, benar-benar sangat kecewa…

Saya fikir, mungkin maklumat tentang “boikot” dari PAS itu kurang tepat. Namun apa yang berlaku pada proses penamaan calon pagi tadi membuktikan bahawa memang PAS Permatang Pauh serius tidak mahukan Wan Azizah.

Bendera DAP dan PKR memang banyak. Tapi bendera PAS boleh dikira dengan jari dan saya yakin bahawa mereka yang memegang bendera PAS itu berkemungkinan besar bukan rakyat tempatan. Mungkin dia dari PAS di luar kawasan Permatang Pauh berdasarkan dialek bersama rakan-rakannya bukan loghat utara. Malah mungkin dia orang PKR yang “terpaksa” pegang bendera PAS.

Hati saya berbisik, tegar benar pendirian orang PAS di Permatang Pauh. Orang PAS di Kepala Batas tidak begitu. Bekas calon PAS yang kalah di Kepala Batas, Ustaz Sobri Arshad tidak begitu tegar. Tapi penyokong PAS Permatang Pauh lain macam pendiriannya.

Saya sempat bersembang dengan dua orang pakcik di sebuah kedai kopi tepi jalan. Gaya mereka orang PAS dan loghat mereka utara pekat. Kerana tiada meja kosong di kedai kecil itu, mereka minta duduk semeja dengan saya. Saya senyum mempersilakan…

Hampir sejam setengah kami berbual. Jika tidak kerana geng geng saya di Permatang Pauh menelefon saya, mungkin boleh lajak hingga 3 – 4 jam. Tapi dalam tempoh 1 jam setengah itu, saya dapat simpulkan dengan mudah “permainan” orang PAS Permatang Pauh.
pkr calon
Kata mereka, jika PKR dan DAP tanya mengapa mereka tidak bersama pada majlis pengumuman dan penamaan calon, mereka akan jawab bahawa semua jentera telah ke Rompin untuk berkempen di sana. Maklumlah, calon PRK Rompin diwakili PAS.

Padahal kata mereka, para penyokong PAS Permatang Pauh tidak ke mana-mana pun. Boleh dikatakan semuanya ada di Permatang Pauh, tapi sengaja mendiamkan diri di rumah masing-masing atau sekadar memerhati dari kedai kopi seperti mereka…

Saya buat muka hairan, konon terkejut dengan cerita mereka. Menurut mereka, sebelum penamaan calon lagi ramai penyokong PAS Permatang Pauh yang bergerak di akar umbi berkempen pada rakan-rakan mereka untuk “mengajar” PKR kali ini.

Dan bila PKR mengumumkan nama Wan Azizah sebagai calon, lagilah mereka “berbulu” pada PKR. Saya bertanya, tidakkah mereka simpati pada si isteri yang suaminya dipenjara itu? Kata mereka, cukuplah sekali simpati mereka dahulu. Tapi kata mereka, hudud lebih penting dari Wan Azizah, Anwar, mahupun Pakatan Rakyat sendiri.

Bila saya ajukan persoalan mengenai Mat Sabu, Datuk Mustapha Ali dan beberapa pemimpin PAS lain yang berada bersama Wan Azizah berkempen untuk PKR kali ini, pakcik itu menjawab secara sinis bahawa mereka-mereka itu lebih wala’ pada Anwar, Lim Kit Siang dan Guan Eng berbanding pada Abdul Hadi Awang atau perjuangan PAS sendiri.

Yang tidak sedapnya, sedang saya rancak bersembang, rakan saya menghubungi telefon bimbit ajak makan tengahari di Guar Perahu, salah satu kubu kuat PKR. Saya terpaksa undur diri dan memberitahu pakcik-pakcik PAS itu saya perlu bertemu seorang “rakan PKR” di Guar Perahu.

Mendengar “Guar Perahu” dan “PKR”, berubah wajah pakcik-pakcik itu. Salam saya pun disambut bagai acuh tidak acuh, bersalam di hujung jari sahaja…

Di dalam kereta, saya tersenyum mengenangkan “permainan” PAS Permatang Pauh. 

Benarkah PAS Permatang Pauh teguh pendirian mereka? Atau mereka bakal “cair” dan terangkat kopiah bila seorang “janda” datang memujuk rayu undi dari mereka sebelum 7 Mei ini? Rasanya ... jawapannya telahpun anda semua melihatnya beberapa hari ini... selebihnya... anda fikirkanlah sendiri...

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjcFP0-3bUKvJh-SVf1RMxxVi_mvdXfIfLXLAasYUxPpfCalta_b5ePS5hZr2tsiIOIgig_M53Tycnk2g2dzFdu1MiYUGa4x5idEdY_2fKbfpmt6KW2tqUhK-EQShHsX3dwEYf9vDGfLuE/s320/Acoy+16.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment