Thursday, April 23, 2015

Setiausaha UMNO P.Pauh Calon BN Bagi PRK Permatang Pauh

23 April 2015, Bukit Mertajam : Barisan Nasional (BN) menamakan Setiausaha UMNO Bahagian Permatang Pauh Suhaimi Sabudin sebagai calon bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Pengumuman itu dibuat Timbalan Pengerusi BN Tan Sri Muhyiddin Yassin pada majlis pengumuman calon BN di sini hari ini yang turut dihadiri pemimpin-pemimpin parti komponen BN.

Suhaimi, 43, pengarah urusan di sebuah syarikat pembinaan, adalah anak tempatan yang berasal dari Guar Jering, di sini dan merupakan bekas Naib Ketua Pemuda UMNO bahagian itu.
IMG_1649.jpg.transformed_0
Bapa empat anak itu mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Guar Perahu dan Sekolah Menengah Penanti, Permatang Pauh sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.

Suhaimi memiliki Ijazah Sarjana Muda Sains (Perumahan, Bangunan dan Perancangan) daripada USM.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment