Wednesday, April 22, 2015

#PRKRompin : JENTERA PERGERAKAN PUTERI DI LANCARKAN

22 April 2015, Rompin : Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien hari ini telah melancarkan Jentera Pergerakan Puteri UMNO yang akan di gerakkan pada pilihanraya kecil P091 Parlimen Rompin tengah hari tadi.

Majlis yang berlangsung di Dewan Terbuka, Majlis Daerah Rompin ini di hadiri oleh Ketua dan timbalan Pergerakan Puteri Umno Malaysia dan ahli Puteri di Daerah Rompin.

Antara lain, Naib Presiden Umno ini juga menyampaikan amanat kepada ahli Puteri supaya menggembeling tenaga dengan pergerakan Wanita dalam melicinkan lagi gerak kerja dan menyeragamkan bahan kempen supaya ianya boleh di terima oleh para pengundi. 

Kepentingan warga felda juga harus di beri keutamaan dalam kempeen kali ini. Beliau juga meminta barisan Puteri supaya memastikan amanat Presiden parti untuk memastikan kemenangan calon Barisan Nasional dapat di laksanakan dengan jayanya.
image

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment