Tuesday, April 28, 2015
Mustapa: Jual Beli Tanah Tidak Tersenarai Dalam TPPA
28 April 2015, Kuala Lumpur : Dakwaan bahawa warga asing di
negara ini bebas memiliki hartanah termasuk hartanah kediaman di negara
ini apabila kerajaan Malaysia bersetuju menandatangani Perjanjian
Perkongsian Trans Pasifik (TPPA), adalah tidak benar.
Menurut Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri
Mustapa Mohamed yang mengetuai rundingan berkenaan berkata, hartanah
bukan sebahagian daripada perjanjian justeru ia tidak tersenarai dalam
perjanjian berkenaan.
“Ini tidak benar. Malah kerajaan sendiri memutuskan bahawa TPPA akan dibahaskan di Parlimen sebelum ia ditandangani.
“Kita akan hebahkan, jadi isu berahsia tidak akan berbangkit. Tidak
pernah berlaku dalam undang-undang kita dan kerajaan juga tidak perlu
rujuk Parlimen (untuk FTA).
“Tapi kita membuat keputusan untuk membentangkannya di Parlimen
kerana TPP ini penting dan melibatkan banyak pihak. Ini janji kerajaan,”
katanya di sini, hari ini.
Mustafa berkata demikian bagi mengulas mengulas mengenai laporan
Selangor Kini yang memetik dakwaan bekas Pengarah Bank Negara, Dr Rosli
Yaakob bahawa warga asing di negara ini bebas memiliki hartanah termasuk
hartanah kediaman di negara ini apabila Kerajaan Malaysia bersetuju
menandatangani TPPA nanti.
Menurut Dr. Rosli, ini berlaku apabila perjanjian itu tidak
membenarkan sebarang sekatan kepada warga dan pelabur asing di negara
ini untuk memiliki hartanah dengan menikmati keistimewaan yang sama
dinikmati warga tempatan.“Kedatangan Barrack Obama adalah untuk
memastikan Malaysia tandatangani TPPA ini.
Dr Rosli turut mendakwa harga hartanah jadi lebih tinggi, rakyat
sendiri kena bersaing dengan pelabur asing yang mempunyai kewangan yang
lebih baik untuk memiliki hartanan di negara sendiri.
Mustapa memberitahu, sebelum membuat keputusan muktamad, kerajaan
akan membuat analisis kos faedah bagi menentukan sama ada TPP secara
keseluruhannya memberi faedah kepada Malaysia.
“Kita ada pendirian. Memang banyak hal yang kita bangkitkan dalam
negara diambil kira oleh semua negara lain dan sekarang ini, negara TPP
tahu mengenai dasar Bumiputera bahawa ia penting untuk kita,” katanya
seperti yang dipetik dalam temubual dengan Sinar Harian sebelum ini.
Jelasnya, Malaysia adalah sebuah negara membangun dan Amerika
Syarikat sememangnya kuasa kuasa ekonomi dan politik yang besar,
namun tidak bererti negara ini harus ada inferiority complex ( perasaan
rendah diri melampau) dalam menentukan bagaimana Malaysia hendak
memainkan peranan di arena antarabangsa.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment