Wednesday, April 29, 2015

PRK P.Pauh: Permatang Pasir Masih Pekan Koboi

29 April 2015, Bukit Mertajam : Permatang Pasir yang terletak dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh boleh dianggap sebagi pekan koboi.

Keadaan kawasan kampung di pinggir Pekan Guar Perahu ini sepi, lembap dan ‘mati’. Tiada banyak pembangunan di sini.

“Kawasan ni akan menjadi lebih sunyi bila waktu petang. Penduduknya banyak yang buat bendang dan kerja kilang padi,” kata seorang penduduk Wan Khatijah, 68.

Beliau berkata penduduk sepertinya juga terpaksa ke hospital yang hanya terdapat di Seberang Jaya atau Bukit Mertajam dua kali seminggu untuk mendapat rawatan susulan.

Permatang Pauh turut menempatkan kawasan Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya dan Penanti. Antara ketiga-tiganya, kawasan DUN Seberang Jaya lebih membangun dan moden dengan turut terdapat banyak flat, apartmen untuk penduduk serta bangunan pejabat.

Peniaga kedai makan, Pak Samad, 54, berkata beliau terpaksa ke Seberang Jaya apabila mahu melakukan urusan bank.

Bagi golongan muda, tiada banyak peluang pekerjaan yang terdapat di Permatang Pasir, katanya.

Khairul Azri, 25, berkata golongan belia di Permatang Pasir tidak mempunyai banyak kemudahan untuk melakukan aktiviti.

“Tiada ada tempat yang sesuai untuk aktiviti. Jadi kebanyakannya akan lepak atau keluar ke Seberang Jaya,” katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment