Tuesday, April 28, 2015
Tohmahan Terhadap Felda Adalah Putar Belit Untuk Raih Undi
28 April 2015, Rompin : Presiden Majlis Belia Felda, Anuar Manap berkata
tohmahan pembangkang terhadap Felda dengan pelbagai putar belit adalah
semata-mata untuk menimbulkan persepsi negatif di kalangan warganya
terhadap agensi tersebut.
Justeru beliau yang juga Ahli Parlimen Sekijang berharap tempoh dua
minggu yang dicanang oleh pakatan pembangkang pada kempen Pilihan raya
Kecil (PRK) Parlimen Rompin ditolak mentah-mentah kerana apa yang
diwar-warkan bukan sahaja tidak tepat malah jauh sekali menyimpang dari
hakikat yang sebenar.
“Mereka ini datang dengan memanipulasi isu macam-macam. Kita ingin
ingatkan bahawa mereka ini datang hanya pada masa PRK sahaja dan selepas
itu mereka balik. Segala masalah yang ditimbulkan ditimggalkan dan
akhirnya warga Felda juga yang perlu lunaskan.
“Kalau isu belia Majlis Belia Felda yang akan selesaikan. Kalau isu
berkaitan Felda, da pemimpinnya yang bertanggungjawab. Warga Felda perlu
sedar kerana tempoh masa dua minggu ini kita akan dengar
perkara-perkara yang dimanipulasi dengan harapan untuk mendapatkan undi
daripada warga Felda,” katanya kepada UMNO-Online, di sini, hari ini.
Sebelum ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah
mengingatkan peneroka Felda supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah
pembangkang yang mendakwa kerajaan gagal mempertahankan hak mereka.
Beliau menyifatkan tuduhan pembangkang itu tidak berasas dan hanya
bertujuan meraih simpati politik dalam kalangan pengundi masyarakat
Felda di kawasan Parlimen Rompin.
Anuar seterusnya menambah jika pihak Felda tidak bertanggungjawab
termasuk untuk menipu peneroka, sudah lama perkara itu boleh dilakukan
namun atas dasar tanggungjawab serta prihatin masyarakat Felda menikmati
pelbagai manfaat.
“Kalau Felda nak tipu dah lama boleh tipu. Felda hari ini berada
dalam keadaan yang cukup selesa. Mereka yang datang ini cuba nak cucuk
untuk kpentingan mereka sahaja. Selamatkan dulu ladang rakyat di
Kelantan,” katanya.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment