Thursday, April 23, 2015
#PRKRompin – Calon PAS Calon Bidang Terjun.
23 April 2015, Rompin : Calon PAS untuk pilihanraya kecil P091 Parlimen
Rompin, Ustaz Nazri Haji Ahmad semalam mengakui beliau agak terkejut
dengan pemilihan beliau sebgai calon di Parlimen Rompin. Beliau mengakui
agak terkejut dan terharu apabila di pilih sebagai calon oleh pucuk
pimpinan PAS pada pilihanraya kali ini.
Ironinya, beliau sebenarnya tidak mengetahui namanya tercalon di
dalam pilihanraya kecil kali ini.
Yang jelas beliau seolah-olah di
jadikan calon “terdesak” PAS dan seterusnya terpaksa berhadapan dengan
nama besar dalam arena politik Negeri Pahang, Datuk Hassan Arifin. Semua
ini dapat di buktikan sewaktu hari penamaan calon semalam dengan PAS
hanya di wakili oleh Mohamed Sabu dan Salahuddin Ayub tanpa kehadiran
Presiden PAS itu sendiri, Dato Seri Abdul Hadi Awang.
Menerusi beberapa temubual dengan penyokong PAS sendiri,mereka
mengakui tidak mengenali calon PAS ini memandangkan beliau bukan anak
jati kelahiran Rompin. Malah pencalonan beliau juga di luar pengetahuan
PAS daerah Rompin. Mereka hanya di beritahu kira-kira jam 11 malam
menerusi panggilan telefon dari Pejabat PAS Pusat. Ini di buktikan
dengan kehadiran 200 orang sahaja penyokong PAS di pusat penamaan calon
semalam. Ini membuktikan PAS Rompin juga seolah-olah menolak pencalonan
berkenaan.
PENGARUH PASMA DALAM PRK KALI INI
Kehadiran Khalid Samad di sini pada Isnin lepas membayangkan PRK kali
ini akan di bayangi oleh pengaruh PASMA. Ini dikuatkan lagi dengan
kehadiran “Presiden” PASMA, Mohamed Sabu dengan di bantu Salahuddin Ayub
pada hari penamaan calon semalam.
Yang melucukan, sewaktu ceramah Khalid di sini Isnin lepas, penyokong
PAS sendiri agak terpingga-pingga kerana langsung tidak di perkenalkan
siapa calon yang mewakili PAS di Rompin. Sebaliknya Khalid di lihat
seolah-olah seperti orang hilang akal dengan mendakwa kerajaan Malaysia
kini terlalu teruk dan boros. Isu Tun M juga di jadikan bahan modal
Khalid dalam memupuk kebencian warga Rompin.
Dalam satu temubual di sini Isnin lepas, beberapa orang penyokong PAS
sendiri muak dengan propaganda yang di bawa Khalid dalam mempromosikan
PAS di Rompin. Mereka menegaskan mahu mendengar sesuatu yang lebih
menjamin kehidupan lebih baik dari mendengar isu-isu semasa yang
langsung tiada hubung kait dengan keadaan semasa di Rompin.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment