Wednesday, April 29, 2015

Pembangkang Tumpang Tuah Kemajuan Dan Pembangunan Yang BN Bina – Aziz Kaprawi

28 April 2015, Rompin : Pakatan pembangkang pada hakikatnya tidak mampu membawa kemajuan dan pembangunan yang baharu kepada kerajaan negeri yang ditadbirnya seperti di negeri Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan. Ini kerana, kemajuan dan pembangunan yang dinikmati kini adalah hasil usaha perancangan dan pengurusan di bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Begitu juga menurut pandangan Ahli Majlis Tertingi UMNO, Datuk Ab. Aziz Kaprawi yang mengatakan parti Pas yang bertanding di pilihan raya kecil (PRK) Parllimen Rompin ini dilihat ternyata tidak mampu membawa pembangunan dan kemajuan tetapi hanya memanipulasi isu nasional semata-mata meraih undi.
ab-aziz-kaprawi-sri-gading-johor-timbalan-menteri-pengangkutan
“Pihak pembangkang memang ketandusan isu dan hari ini apa yang mereka cuba eksploitasikan ialah isu Felda dan isu cukai barang dan perkhidmatan (GST).

“Kedua-dua isu ini telah berkali-kali kerajaan membuat penerangan kerana GST ini merupakan satu usaha kerajaan untuk mewujudkan satu masa depan negara yang lebih mampan,” tegas beliau.

Tambah Timbalan Menteri Pengangkutan itu lagi, semua usaha kerajaan itu adalah untuk kepentingan rakyat. Tetapi, oleh kerana ia perkara baharu, maka ramai yang kurang faham serta ditambah pula terdapat segelintir pihak yang suka mengambil kesempatan menangguk di air keruh mengelirukan perkara tersebut.

Pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu sekarang berusaha mengelirukan rakyat bahawa GST ini menindas rakyat, walhal hakikatnya ia bertujuan untuk memakmurkan dan menjaga kebajikan rakyat, ujarnya lagi kepada UMNO-Online.

Ahli Parlimen Sri Gading itu juga mengimbas kembali bahawa tujuan awal penubuhan Felda adalah untuk memberi kemajuan dan kesenangan kepada masyarakat yang dahulunya tidak memiliki harta baik tanah mahupun rumah. Tetapi hari ini, keadaan telah berbeza, masyarakat Felda telah memiliki kedua-duanya serta hasil bumi, tambahan pula wujud bandar-bandar dan pusat perniagaan di kawasan berhampiran.

“Pokoknya, kita boleh melihat bagaimana kerajaan telah mengambil berat mengenai keperluan rakyat.

“Jadi, saya berpandangan masyarakat di sini selagi kerajaan mengambil berat keperluan rakyat, kerajaan telah dapat menunaikan tanggungjawabnya,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di program Jom Tukar Minyak Hitam yang merupakan satu program kebajikan memberi ilmu dan maklumat kepada masyarakat tempatan khususnya di kawasan yang banyak menggunakan motorsikal, cara-cara yang lebih sistematik ketika hendak menukar minyak hitam dengan sendiri.

Program tersebut juga diwujudkan kaunter bergerak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang mana memberi ruang kepada masyarakat untuk memperbaharui cukai jalan dan memberi kemudahan membuat pemeriksaan semula secara segera kepada motorsikal-motorsikal yang telah tidak membayar cukai jalan lebih dari setahun.

Dipetik daripada sumber : Media UMNO

No comments:

Post a Comment