Tuesday, April 21, 2015

PRK ROMPIN: Wanita UMNO Lancar Jentera Pilihan Raya

21 April 2015, Kuala Lumpur : Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini telah melancarkan Program Perlancaran Jentera Wanita BN untuk Pilihanraya Kecil Parlimen Rompin bertempat di Dewan Besar DARA, Bandar Satelit Muadzam Shah, Rompin Pahang. 
http://malaysiagazette.com/sites/default/files/field/image/shahrizat.jpg
Program ini telah di hadiri oleh Naib Presiden UMNO, Dato Seri Hishamuddin Tun Hussien, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato Seri Shahrizat Abdul Jalil, calon Barisan Nasional untuk Parlimen Rompin, Datuk Hassan Arifin, wakil dari sayap komponen Barisan Nasional, MCA dan MIC serta perwakilan yang mewakili 1,817 jentera Srikandi Jalinan Rakyat Parlimen Rompin.

Program ini di khususkan untuk memperkenalkan calon Barisan Nasional bagi Parlimen Rompin, Datuk Hassan Arifin serta memperkemaskan jentera Wanita UMNO di Rompin serta di bantu oleh jentera Wanita dari pusat. 

Pada program ini, Ketua Wanita UMNO Malaysia, Dato Seri Sharizat menzahirkan rasa syukur di atas usaha yang di gembeling oleh Wanita Negeri dan Rompin di atas siri kemenangan calon terdahulu, Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis serta beliau menuntut komitmen yang sama untuk memastikan kemenangan calon Barisan Nasional sekarang, Datuk Hassan Arifin.

Nada yang sama juga di suarakan oleh Dato Seri Hishamuddin dengan menuntut komitmen tinggi di semua jentera bagi memastikan Rompin kekal menjadi kubu kuat Barisan Nasional.


Untuk itu beliau menggariskan 3 elemen penting yang perlu dan wajib di laksanakan oleh jentera Wanita UMNO.

1. Memastikan jaringan komunikasi yang berkesan dan seragam supaya pihak pembangkang tidak memanipulasikan setiap kenyataan yang di lafazkan. Ini penting kerana kira-kira 53,000 orang pengundi dimana 60% daripadanya adalah pengundi di Felda

2. Memastikan kemenangan calon Barisan Nasional di sebalik serangan pelbagai penjuru dari pihak-pihak berkenaan. Kemenangan ini penting kerana Pahang adalah Negeri kelahiran Perdana Menteri, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak. Andai Tewas di Rompin, Barisan Nasional jelas telah menghantar mesej dan imej yang buruk kepada masyarakat bahawa rakyat di Negeri Pahang sendiri menolak kepimpinan Perdana Menteri.

3. Menjawab sebaik mungkin sentimen luar seperti isu perkauman dan keagamaan. Malah isu-isu semasa seperti GST, 1MDB dan perlbagai lagi isu berbangkit harus di fahami secukupnya oleh jentera supaya jawapan jentera selaras dan menjadi lidah tidak rasmi kerajaan dalam menjawab sebarang isu.

Pada majlis yang sama juga calon Barisan Nasional Parlimen Rompin, Datuk Hassan Arifin juga menzahirkan perasaan terharu di atas kepercayaan yang di berikan oleh pucuk pimpina yang mencalonkan beliau sebagai calon P091 Parlimn Rompin. 

Beliau percaya mampu membalas semula kepercayaan yang di berikan di tambah lagi dengan kemenangan majoriti yang besar calon terdahulu. 

Beliau mengakui menggalas cabaran yang besar untuk meneruskan kesinambungan kepimpinan Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis akan tetapi beliau percaya dengan sokongan yang di berikan oleh setiap jentera pilihanraya Parlimen Rompin, beliau mampu memberikan serta mengekalkan kemenangan yang di peroleh Barisan Nasional pada Pilihanraya Umum yang ke 13 lepas. 

Beliau juga berharap mampu menambah lagi majoriti kemenangan beliau bagi menunjukkan kepada rakyat, Rompin tidak terpengaruh dengan dakyah liar samada dari dalam mahupun luar UMNO.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment