“Itu tak apalah, tak payah beri tumpuan yang lebih dalam isu tersebut (serangan Tun Mahathir) kerana yang penting di Permatang Pauh adalah yang berkaitan ekonomi, sosial dan sebagainya kita (BN) akan jelaskan.
Tuesday, April 28, 2015
Yang Penting Sekarang Isu Rakyat Bukan Soalan Tun M – TPM Muhyiddin
28 April 2015, Permatang Pauh : Timbalan Perdana Menteri, Tan
Sri Muhyiddin Yassin enggan mengulas serangan Tun Dr Mahathir Mohamad
terhadap pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak
kerana merasakan isu tersebut tidak memberi sebarang faedah untuk
pengundi di Permatang Pauh.
Muhyiddin ketika ditemui ketika sidang media selepas melancarkan
projek naik taraf Hospital Seberang Jaya hari ini berkata apa yang
penting adalah menjawab persoalan yang dibangkitkan oleh pengundi.
“Itu tak apalah, tak payah beri tumpuan yang lebih dalam isu tersebut (serangan Tun Mahathir) kerana yang penting di Permatang Pauh adalah yang berkaitan ekonomi, sosial dan sebagainya kita (BN) akan jelaskan.
“Yang penting adalah pengundi di sini, kerana kalau disini tak timbul
masalah itu buat apa kita nak sentuh soal itu (kerana) kita hanya
sentuh soal-soal yang perlukan penjelasan oleh penduduk disini” katanya
sebentar tadi.
Beliau turut menjelaskan jentera BN perlu menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan kepentingan pengundi.
“Di Rompin juga begitu juga, (saya) ditanya soalan yang sama tapi
saya kata apa masalah di Rompin isu Felda, ekonomi, peluang pekerjaan
dan saya fikir ia lebih utama yang ingin didengar oleh pengundi” ujarnya
lagi.
Muhyiddin turut menjelaskan ketiadaan poster yang memaparkan wajah
Perdana Menteri seperti yang dibangkit oleh pembangkang bukanlah satu
isu besar.
Menurutnya bukan sahaja Najib, malah wajah beliau pun tidak ada
kerana mereka tidak bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang
Pauh.
“Tidak apalah kita hendak letak gambar siapapun yang penting gambar calon.
“PM tidak bertanding, saya pun tidak bertanding, muka saya pun tidak ada,” katanya lagi.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment