Tuesday, April 21, 2015
Papa Kedana Bayar GST? Tak Betul Tu
EDITOR MENULIS
21 APRIL 2015
Geng Geng pembangkang yang menjadikan
portal-portal pro pembangkang sebagai sumber rujukan untuk mendapatkan
maklumat mengenai GST, menyebarkan fahaman bahawa sistem cukai baru ini
turut mencukai golongan yang papa kedana.
Bila saya tanya dengan apa cara orang
papa kedana kena GST, jawabnya bila dia (yang papa kedana tadi) makan
di kedai mamak, kena bayar GST.
Kalau mampu makan kedai mamak, bukanlah
papa kedana namanya, anyway, ada ke orang papa kedana makan di kedai?
Papa kedana ni maksud tak berduit langsung, nak makan di kedai macam
mana? Langsung diam mamat itu.
Belum saya kata ada banyak lagi kedai
makan yang tidak kenakan GST, kenapa yang kenakan GST tu juga yang
dikunjungi. Saya nak sebut, tapi tak sampai hati.
Apa pun, nasib baik dia berhadapan
dengan orang yang faham GST ini macam saya, kalau dia berhujah dengan
orang yang blur-blur gitu, mau orang yang mendengar itu setaraf bodoh
macam dia juga.
Tapi begitulah hakikatnya sekarang bila
berhadapan dengan generasi rosak otak yang menyokong pembangkang. Dia
campur aduk benda yang dia tahu dengan yang dia tak tahu, lepas tu
jadikan cerita yang boleh mengelirukan rakyat.
Walhal dia tu yang keliru atau sengaja buat-buat keliru.
Itu menunjukkan sampai ke tahap itu macai pembangkang ini cuba membohong, nampak sangat takdak isu mengenai GST ini.
Ada juga rakan saya yang jadi
kontraktor binaan, pun merungut pasal GST juga.
Dia sendiri tak caj GST
pada pelanggannya walaupun dia terpaksa bayar GST pada pembekal.
Alasan kenapa tak caj GST pada pelanggan sebab takut pelanggan bising.
Hakikatnya dia tak nak pelanggannya tahu
berapa banyak dia buat untung dari kerja-kerja yang dia lakukan, sebab
itu tak daftar syarikat (alasan tak sampai haul lagi) dan kenakan GST
kepada pelanggan. Maklum sajalah, di Malaysia ini sudah ada faham
sendiri bahawa untung buat rumah ini adalah sekali ganda dari kos beli
barang.
Betul ke macam itu? Kalau betul,
persatuan atau perundangan mana yang tetapkan? Itu hal sebenarnya, lepas
tu cuba nak alih salah kepada kerajaan.
GST ni sebenarnya melindungi hak pengguna juga, peniaga tak boleh ambil untung suka hati.
Hari ini banyak orang merungut, bising
sebab kena GST tapi berapa besar kesan GST ini kepada kos kehidupan
mereka, itu tak siapa keluar statistik lagi. Mungkin tak ada yang
berubah pun sebab ada syarikat yang menyerap GST dalam kos
masing-masing, itu yang harga barang sebelum dan selepas kuat kuasa GST,
masih sama.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment