Monday, April 20, 2015

Jangan Ingat Pengundi Rompin Mudah Terima Segala Tohmah Dan Fitnah

20 April 2015, Rompin : Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd Shahar Abdullah berkata, pembangkang jangan memandang remeh kepada rakyat khususnya pengundi Rompin seakan-akan mereka bodoh dan tidak boleh berfikir secara bijak.

Beliau berkata demikian berikutan kedengaran wujudnya pihak tidak bertanggungjawab cuba mempengaruhi para pengundi agar menzahirkan perasaan marah kepada Barisan Nasional (BN) terhadap isu GST dan Rang Undang-Undang Pencegah Keganasan (POTA) melalui pengundian semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Rompin dan Permatang Pauh.

Jelasnya, sememangnya sudah menjadi sifat lazim pembangkang yang suka menanamkan sentimen kebencian di hati rakyat kononnya kerajaan BN zalim dan menindas rakyat.

“Kami Pemuda Pahang melihat rakyat khususnya pengundi di Rompin bukanlah golongan yang mudah terpengaruh dengan fitnah sebegini.

“Tambahan pula Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis memegang rekod yang baik di sini. Telah banyak pembangunan dan kemakmuran yag dikecapi oleh masyarakat di sini hasil usaha beliau dan BN.

“Mana mungkin pengundi di sini berpaling arah malah saya yakin para pengundi akan memberikan sokongan yang jauh lebih baik kepada BN,” ujarnya kepada UMNO-Online.
PH02_190415_PEMUDA
Tambah Shahar yang juga Ketua Pemuda Bahagian Paya Besar, pembangkang tidak boleh menganggap masyarakat di Rompin akan menerima apa sahaja tohmahan yang dilemparkan untuk memburukkan BN.

“Kami di Rompin sudah sedia maklum dengan cara pembangkang berkempen. Mereka memang sentiasa mencari salah pihak lain dan tidak akan menerima kebaikan yang dibuat oleh kerajaan.

“Kebetulan isu GST dan Pota sedang hangat diperkatakan maka tidak mustahil mereka akan menggunakan isu ini untuk meracun pemikiran rakyat. Tetapi saya yakin rakyat sudah bijak menilai,” ujarnya lagi.

PRK Parlimen Rompin bakal diadakan ekoran penyandangnya, Tan Sri Dr. Jamaludin Jarjis kembali ke rahmatullah selepas terkorban dalam nahas helikopter di Semenyih pada 4 April lalu.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment