Wednesday, April 22, 2015

Najib Masih Dapat Sokongan UMNO – Nur Jazlan

nur-jazlan

22 April 2015, Kuala Lumpur : Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed menafikan beliau meminta Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak meletak jawatan. 

Beliau hanya menyatakan Perdana Menteri perlu menjawab kritikan dan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya dengan segera kerana khuatir ia boleh menjejaskan UMNO dalam jangka masa panjang.

“Beliau tidak boleh menunggu terlalu lama sehingga habis penggal Parlimen pada 2018 untuk menjawab kerana ia terlalu lama. Beliau perlu mengambil kira kepentingan parti keseluruhannya. 

Nur Jazlan juga menyatakan kepada akhbar The Star bahawa tiada alasan untuk Mohd Najib meletak jawatan memandangkan beliau masih mendapat sokongan parti. 

Nur Jazlan ragu-ragu sehingga bila UMNO akan menyokong beliau sekiranya ia masih tidak menjawab isu 1MDB. 

Sebelum ini media massa memetik blog Nur Jazlan, dalam tulisannya yang agak panjang, Ahli Parlimen Pulai itu juga berkata, ahli Umno perlu memilih sama ada mahu memperjuangkan parti atau pemimpin mereka dalam pilihan raya umum akan datang.

Katanya, ancaman terbesar Umno ialah faktor dalaman parti sendiri bukannya Pakatan Rakyat.

“Pemimpin atau parti, yang mana perlu dipertahankan? Dan ketika ini, kedua-duanya tidak boleh datang bersama-sama dan pilihan perlu dibuat dengan segera memandangkan rakyat Malaysia terus memerhati dengan teliti,” katanya.

Sementara itu ditemui media petang ini, Nur Jazlan menafikan beliau mahu Najib meletak jawatan sebagai perdana menteri.

Sebaliknya, kata Nur Jazlan ketua bahagian Umno perlu mendapatkan penjelasan memuaskan rakyat terhadap pelbagai isu yang dikaitkan dengan Najib.

“Perdana menteri perlu menjawab banyak perkara, mematikan semua spekulasi.

“JIka enggan parti akan terjejas,” katanya.

Dipetik daripada sumber : MediaUMNO

No comments:

Post a Comment