Tuesday, April 21, 2015
Cross: DUN Dia, Negeri Dia, Salah UMNO….Gila!!
21 April 2015, Kuala Lumpur : PKR ternyata tersepit dalam soal sebuah
gereja di Taman Medan yang dibantah penduduk setempat kerana lambang
‘Cross’nya sehingga lambang itu diturunkan berikutan desakan tersebut.
Selama hari ini PKR pamer diri mereka
sebagai parti yang boleh selesai semua masalah dalam negara ini lebih
baik dari BN, tapi baru cerita kecil macam ini pun dah kelam kabut.
Dah
mana pergi kononnya PKR parti yang mampu menjaga keharmonian semua
penganut agama di negara ini?
Apa yang PKR tak boleh? Semua dia boleh. Alih-alih, lambang ‘Cross’ di Taman Medan itu menjadi isu.
Masalahnya pulak bila PKR tersepit,
jalan keluar yang selalu dicari adalah menyalahkan UMNO, kerja senang.
Dengan apa cara UMNO terlibat pun penulis tidak tahu, DUN itu wakilnya
dia, negeri itu kerajaannya dia, tapi yang salah UMNO?
PKR betul parti gila.
Tak pasal Datuk Seri Najib terpaksa
keluar kenyataan untuk tenangkan keadaan. Rekod bekas Perdana Menteri,
Tun Mahathir di kawasan ini (Taman Medan) pun tak begitu baik sekalipun
ISA dan segala macam masih wujud ketika itu, eh kenapa pulak ke situ
perginya?
Anggap sajalah selingan.
Balik pada isu tadi, dua penggal dah
perintah negeri itu, takkanlah setiap kali ada masalah UMNO yang nak
kena tanggung? Nampak sangat kegagalan mengawal satu negeri ini pun.
Ini jelasnya kegagalan PKR dari atas
sampai bawah, jangan nak babitkan UMNO. Dari ADUN, kerajaan negeri dan
kerajaan negeri tempatan, semuanya terlibat sehingga menyebabkan
kejadian ini berlaku. Kalau mereka sensitif dengan rakyat disitu, ini
semua tidak akan terjadi.
DAP pulak dalam masa yang sama, jangan
cuba nak politikkan perkara ini. Angin-angin kesitu dah nampak dah tu.
Isu ini tak perlukan DAP kerana penduduk dah selesaikan bersama pihak
gereja. Penduduk nyatakan bantahan, gereja sukarela turunkan lambang
tersebut, selesai, apa lagi yang tak puas hati?
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment